Kita menghabiskan sebahagian besar masa di tempat kerja dan oleh sebab itulah penting untuk mengetahui sama ada kita sebenarnya berada dalam pekerjaan yang betul atau sebaliknya. ‘Terperangkap’ dalam bidang kerja yang tidak sesuai boleh sahaja menimbulkan tekanan kepada kita dan jelas sekali perkara itu adalah sesuatu yang tidak sihat.

Berikut adalah 13 tanda yang menunjukkan anda sememangnya suka dengan pekerjaan yang anda lakukan sekarang!

1. Anda mencabar diri sendiri.

Anda keluar dari zon selesa dengan mengambil risiko setiap hari. Anda bekerja di organisasi yang mengiktiraf kerja anda dan tidak menghukum anda kerana kesilapan kecil yang anda lakukan. Ini adalah tanda bahawa anda sedang bekerja dalam persekitaran yang ideal dan kondusif.

2. Bos memberi sokongan kepada anda.

Terdapat perbezaan di antara bos yang baik dan bos yang bagus. Bos yang baik lebih memilih untuk mengelakkan konflik daripada menyelesaikannya. Bos yang bagus pula akan menawarkan sokongan mereka apabila anda memerlukannya. Mereka akan ‘menolak’ anda untuk melakukan sesuatu kerana mereka tahu cabaran yang anda hadapi akan membuatkan anda lebih matang.

3. Rakan sekerja anda adalah kawan anda.

Apabila anda rapat dengan rakan-rakan di tempat-tempat, anda akan saling memberi sokongan untuk bekerja dengan lebih baik dalam sebuah pasukan.

4. Organisasi anda berfungsi dengan baik.

Adalah penting untuk menjadi sebahagian daripada organisasi yang kukuh kerana sumbangan anda sama ada besar atau kecil akan membantu kejayaan organisasi anda.

5. Wang tidak menjadi masalah.

Wang bukanlah satu masalah besar jika anda berada dalam pekerjaan yang betul. Selagi anda rasa ‘nilai’ yang diberikan oleh majikan adalah sesuai dengan kebolehan anda, anda tiada masalah dengan isu wang.

6. Anda ‘cemburu’ dengan bos anda.

Cemburu di sini adalah cemburu profesional yang bermakna anda melihat diri anda sesuai untuk jawatan yang lebih tinggi dan besar. Ia tidak membuatkan anda seorang yang teruk melainkan jika anda menggunakan jalan yang salah untuk mendapatkan jawatan tersebut.

7. Anda terus mengekalkan prestasi anda.

Mengkaji semula hasil kerja anda dapat membantu anda menyenaraikan perkara-perkara penting supaya anda dapat mengekalkan kerja yang baik.

8. Anda menyumbang kepada kejayaan bos anda.

Apabila kerja profesional yang anda lakukan dapat membantu dalam kejayaan bos anda, maka anda berada dalam pekerjaan yang tepat.

9. Anda menepati janji-janji anda.

Anda berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja anda dalam masa yang ditetapkan. Anda juga memperlihatkan contoh yang baik kepada orang lain supaya mereka juga berusaha untuk memperbaiki diri mereka.

10. Anda meluangkan masa untuk keluarga dan rakan-rakan.

Tugas anda membolehkan anda untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Anda mungkin dihimpit dengan kerja yang banyak tetapi kerja-kerja itu walau bagaimanapun tidak merosakkan hubungan peribadi anda.

11. Anda suka hujung minggu anda.

Anda menikmati masa hujung minggu anda kerana anda telah bekerja keras untuk mendapatkannya. Selain itu, anda juga tidak merasa ‘takut’ pada hari Ahad kerana anda teruja untuk kembali bekerja pada hari Isnin berikutnya.

12. Anda positif pada hari Isnin.

Orang lain mungkin membenci hari Isnin, tetapi tidak anda. Anda rasa begitu gembira untuk kembali bekerja dan berfikiran positif kerana anda suka akan pekerjaan anda.

13. Anda tidak memerlukan kopi setiap pagi.

Anda gembira dengan apa yang anda lakukan. Oleh itu, anda tidak lagi merasakan perlu untuk minum 10 cawan kopi untuk terus cergas dan bertenaga. Tenaga untuk bekerja boleh datang daripada keterujaan untuk melakukan semua kerja yang ditetapkan.

Sumber: India Times

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Kerjaya Pesona

Video Popular

Ad will display in 10 seconds