Haiwan peliharaan atau haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman dan untuk menggembirakan pemiliknya.

Haiwan peliharaan selalunya setia, suka bermain-main, memikat perhatian dan lucu. Haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan tekanan kepada pemiliknya yang suka bermain dengan haiwan.

Sebelum ini anda pernah melihat senyuman anjing yang kelihatan lucu dan comel. Namun ini merupakan senyuman versi kuda pula.

YouTube

Video ini diambil di pusat pembiakan Mares Chevalia Estancia di Huntsville, Utah. Alexandra merupakan pemilik pusat itu, menggosokkan janggut kuda yang berusia 2 minggu tersebut dan hasilnya kuda itu memberi senyuman yang penuh bahagia!

YouTube

YouTube

Nama kuda tersebut adalah Asterion. Ia adalah kuda istimewa bagi Alexandra kerana ia adalah cucu kepada Stary, kuda yang berada di sisinya ketika dia membesarkan anaknya sendiri dan membantu dia menghadapi cabaran yang sukar dalam kehidupan.

Pinterest

Apabila Stary meninggal dunia, keluarga itu diselubungi kesedihan. Mereka mendapati anak perempuannya, Echappe, bersedih dengan cara tersendiri, baring di tempat di mana ibunya telah meninggal dunia.

Facebook

Akhirnya, Echappe mempunyai anaknya sendiri, Asterion, yang mewarisi “semua keindahan neneknya, dengan kepalanya, warna menyala yang indah.”

Tonton video senyuman kuda kecil yang begitu bahagia ini di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds