Elizabeth dan Scott bertemu di Tinder dua tahun yang lalu dan terus jatuh cinta antara satu sama lain sejak itu.

Scott dikatakan mula kehilangan pendengarannya pada usianya 5 tahun dan semasa dia berumur 8 tahun dia benar-benar pekak.

Elizabeth, ibu kepada dua orang anak tidak mengenal bahasa isyarat Australia ketika dia pertama kali bertemu dengan Scott tetapi dia mula tahu sedikit sebanyak bahasa isyarat ketika dia jatuh cinta dengan lelaki itu.

Pasangan itu berkahwin pada 27 Januari 2018 dan ketika itulah Elizabeth telah bersiap sedia untuk memberikan sebuah kejutan buat Scott.

Tiga bulan sebelum majlis perkahwinan mereka, Elizabeth mula belajar untuk menyampaikan lagu ‘A Thousand Years’ nyanyian Christina Perri dengan menggunakan bahasa isyarat.

Pada hari bersejarah itu, Elizabeth berdiri di lorong yang akan dilaluinya menuju ke bakal suaminya dan ketika itulah lagu indah itu mula bermain.

Ketika Elizabeth menyampaikan keseluruhan lirik lagu itu, Scott tidak dapat menahan perasaanya dan terus menangis. Dia sedar bahawa isterinya telah bekerja keras untuk menyampaikan lagu itu menggunakan bahasa isyarat supaya dia dapat memahaminya.

Walaupun Scott tidak dapat mendengar lagu romantis itu, dia tetap dapat merasakan apa yang disampaikan oleh pengantin perempuannya. Video tersebut kemudian telah menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Apa yang paling menyentuh hati mereka ialah mesej-mesej yang diterima daripada ibu bapa kanak-kanak kurang upaya yang mengatakan Scott telah memberi harapan kepada mereka untuk melihat anak-anak mereka menemui cinta sejati mereka suatu hari nanti.

Tonton video di bawah untuk melihat sendiri momen-momen indah tersebut. Sediakan tisu kerana anda pasti perlukannya!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds