Jenama fesyen dari Amerika Syarikat, Gap dikhabarkan akan menutup operasi cawangan mereka di The Gardens dalam masa terdekat.

Pengumuman mengenai penutupan ini telah dimuat naik pada 9 Februari jam 7 pagi menerusi laman Facebook Gap Malaysia.

Gap Malaysia

Berikutan pengumuman yang dibuat itu, netizen mula menyebarkan spekulasi sama ada cawangan Gap akan ditutup di seluruh Malaysia. Hal ini demikian kerana selain butik Gap di The Gardens, dua lagi butiknya yang terletak di Pavilion dan juga Queensbay Mall turut menerima nasib yang sama apabila terpaksa ditutup minggu ini.

Menurut perkongsian daripada seorang netizen, cawangan butik Gap yang berada di Queensbay Mall secara rasminya telah ditutup pada tanggal 4 Februari manakala di Pavilion Kuala Lumpur pula pada 7 Februari.

Gap Malaysia

Walau bagaimanapun, tindakan penutupan operasi ini bukanlah satu langkah mengejut memandangkan syarikat induknya telah mengeluarkan satu kenyataan pada tahun lalu tentang rancangan untuk menutup butik-butik yang ‘kurang memberansangkan’ di seluruh dunia.

Pada 6 September tahun lalu, CNN melaporkan syarikat Gap Inc. telah mengumumkan bakal menutup sekitar 200 butik Gap dan juga Banana Republic di seluruh dunia.

The Mall At Millenia

Hal ini demikian kerana kedua-dua jenama berkenaan dilaporkan mencatat penurunan hasil jualan sejak beberapa tahun lalu disebabkan oleh persaingan dengan jenama fesyen lain seperti Uniqlo, Forever 21 dan juga H&M yang menawarkan harga jauh lebih murah.

Pada Ogos 2017, jualan perbandingan bagi jenama Gap direkodkan mengalami penurunan sebanyak 1% manakala bagi jenama Banana Republic pula mencatatkan penurunan yang agak banyak iaitu 5%.

Gap Malaysia

Justeru, dalam usaha bagi memastikan syarikatnya terus berkembang, Gap Inc. kini beralih arah dan lebih menumpukan perhatian pada jenama lain iaitu Old Navy dan Athleta. Kedua-dua jenama ini dikatakan akan menawarkan produk dengan harga mampu milik sebagai strategi untuk meningkatkan jualan.

CNBC

Dalam tempoh dua tahun lagi, Gap Inc. dijangka akan melancar sekitar 270 butik jenama Old Navy dan Athleta di seluruh dunia! Kini, butik Old Navy sudah berasa di One Utama.

Athleta

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan diskaun jualan sehingga 80% daripada Gap, bolehlah berkunjung ke dua cawangan butik Gap yang masih dibuka bagi merebut peluang terakhir ini.

Sumber: SAYS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds