Aneh, Asia

Wanita minta sewa sebanyak RM1,455 sebulan untuk sebuah bilik yang hanya sebesar tandas. Mengarut!

Wanita minta sewa sebanyak RM1,455 sebulan untuk sebuah bilik yang hanya sebesar tandas. Mengarut!

Hong Kong merupakan bandar termahal di dunia untuk diduduki kerana penduduknya perlu membayar kadar sewa yang agak tinggi untuk menghuni bandar ini.

Jadi, jika anda melihat kadar sewa yang sangat mahal ditawarkan bagi sebuah penempatan, ianya adalah perkara yang biasa.

Namun baru-baru ini, seorang wanita telah menguar-uarkan iklan mengenai studio yang ingin disewakannya. Menurut wanita yang dikenali sebagai Milky Wong ini, studio berkenaan sangat ‘selesa’ dan ‘mudah diuruskan’.

Terletak berhampiran dengan stesen kereta api bawah tanah Hong Kong, studio berkeluasan 40 kaki persegi ini ditawarkan dengan kadar sewaan sebanyak RM1,455.86 sebulan!

Biar betul! Mahal sungguh!

Iklan ini ternyata mencetuskan reaksi negatif daripada pelbagai pihak kerana dengan bilik yang sempit dan saiz keluasan seperti tandas, harga sewa yang diminta oleh Milky Wong ternyata tidak berbaloi!

Menerusi laman sesawang 591.com.hk, Milky Wong dengan bangganya menceritakan betapa ‘indahnya’ studio berkenaan selain lokasinya yang strategik kerana berdekatan dengan stesen kereta api Yau Ma Tei.

Untuk mendapatkan kebenaran mengenai isu ini, seorang wartawan daripada akhbar Hong Kong telah menyamar sebagai penyewa yang berminat untuk menghubungi Milky Wong bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Menurut Milky Wong, studio berkenaan dilengkapi dengan katil sofa yang akan memberikan keselesaan kepada penghuni untuk bergerak kerana ianya boleh dilipat. Selain itu, penghuni juga boleh menggunakan langsir sebagai pemisah antara tandas dan juga katil tersebut.

Tambah wanita tersebut lagi, “Anda tahu betapa sukarnya pekerja yang berpendapatan rendah untuk mencari tempat tinggal. Ini adalah lebih baik untuk diduduki berbanding langsung tiada tempat tinggal”.

Sementara itu, seorang penyewa lain yang menghuni di bangunan yang sama memberitahu dia perlu membayar sewa sebanyak RM2,008 setiap bulan dan memaklumkan bahawa bangunan tersebut mempunyai tahap keselamatan yang baik.

Walau bagaimanapun, dia berpendapat bahawa untuk menetap di dalam bilik yang berkeluasan seperti tandas dengan harga sedemikian rupa adalah satu perkara yang ‘mengarut’.

Tindakan Milky Wong yang bersungguh-sungguh dalam mempromosikan ‘tandas sewa’ ini mencetuskan kecaman daripada ramai netizen.

“Adakah dia sangat terdesak sehingga terpaksa menyewa tempat yang sempit ini”.

“Lokasi strategik? Anda tidak boleh bergerak pun di dalamnya, apa gunanya?”.

Sumber: Daily Mail

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Aneh Asia

Pilihan Editor

loading...