GLOBAL

Taiwan dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud. 8 maut manakala lebih 250 cedera

Taiwan dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud. 8 maut manakala lebih 250 cedera

Lapan maut manakala lebih 250 lagi dilaporkan cedera dan puluhan mangsa hilang dipercayai terperangkap di dalam bangunan setelah gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda timur Taiwan sekitar jam 11.50 malam, Selasa lalu.

Menurut agensi kebakaran negara, kejadian gempa ini telah mengakibatkan sebuah hotel dan blok kediaman di pelabuhan bandar Hualien terjejas teruk.

Kredit: The New York Times

Di samping itu, lima bangunan lain termasuk sebuah hospital turut mengalami kerosakan akibat bencana ini.

Rakaman televisyen turut memaparkan keadaan jalan raya di kawasan kejadian yang dipenuhi dengan sisa runtuhan selain berlaku rekahan di sepanjang lebuh raya.

Kredit: Telegraph

Hualien merupakan kawasan yang giat dengan aktiviti pelancongan dan menjadi perumahan kepada sekitar 100,000 penduduk. Akan tetapi, gempa bumi ini telah menyebabkan lebih 40,000 rumah terputus bekalan air serta elektrik.

Kredit:  BBC News

Hotel yang mengalami kemusnahan teruk adalah Hotel Marshal yang dilihat terjejas dengan sebahagian bangunan menjadi condong dan hampir menyembah bumi. Pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan kren bagi menyelamatkan semua mangsa yang terperangkap di tingkat atas.

Kredit:  The New York Times

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Blue Hsu, “Ia adalah kejadian gempa terbesar dan terburuk yang pernah saya saksikan di Hualien dalam tempoh lebih sepuluh tahun ini”.

Kredit: Telegraph

Kejadian gempa bumi di Hualien bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi penduduk di sana.

Dua tahun lalu iaitu pada Februari 2016, satu gempa kuat telah melanda bandar Tainan dan meragut lebih daripada 100 nyawa! Dalam kejadian berkenaan, sebuah bangunan 16 tingkat telah tumbang sekali gus menyebabkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

Kredit: Telegraph

Ketika ditanya mengenai keadaan di Hotel Marshal, Blue Hsu memaklumkan bahawa tingkat bawah hotel berkenaan mengalami kemusnahan secara menyeluruh.

“Tingkat bawah terbenam ke dalam tanah namun pelancong yang panik berjaya diselamatkan. Kira-kira 50 anggota penyelamat dibantu sebuah jentolak terbabit dalam misi penyelamatan,” jelas Blue lagi.

Kredit: Telegraph

Menurut Chen Chih-weh, seorang penghuni hotel berusia 80 tahun memberitahu AFP bahawa dia sedang nyenyak tidur ketika kejadian gempa tersebut berlaku.

“Katil saya berubah posisi menjadi menegak. Saya sedang tidur dan tiba-tiba saya berdiri”.

Kredit: Telegraph

Taiwan terletak di antara dua plat tektonik iaitu plat tektonik Laut Filipina yang bergerak sebanyak tiga inci setiap tahun ke arah barat dan juga plat tektonik Eurasia yang bergerak ke arah timur dari tanah besar China. Oleh demikian, Taiwan seringkali dilanda aktiviti gempa bumi.

 Kredit: BBC News

Sementara itu, menerusi akaun Facebook Presiden Taiwan iaitu Tsai Ing-wen, beliau berjanji akan menghulurkan bantuan dengan secepat mungkin di samping akan bertindak mengerahkan lebih ramai anggota penyelamat untuk membantu mangsa gempa ini.

Kredit:  The New York Times

Sumber: BBC NewsThe New York TimesTelegraph

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

Pilihan Editor

loading...