Aneh, Galeri Foto, Kebenaran

Wanita ini mewarisi harta pusaka dari ibu saudaranya dan apa yang ada di dalamnya adalah sejarah Jerman yang menarik!

Wanita ini mewarisi harta pusaka dari ibu saudaranya dan apa yang ada di dalamnya adalah sejarah Jerman yang menarik!

Mewarisi harta pusaka dari saudara-saudara kita yang lebih tua adalah sesuatu yang hebat kerana siapa tahu apa yang disimpan bertahun-tahun itu mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagi seorang pengguna Imgur, sebuah peti keselamatan lama yang ditinggalkan oleh ibu saudaranya yang lebih tua itu membawa beliau kembali kepada beberapa sejarah manusia yang hebat.

Sebuah peti keselamatan yang sudah usang, berkarat dan masih dikunci dengan ketat tersembunyi di rumah pengguna Imgur dieWollmaus

Peti keselamatan itu adalah milik ibu saudaranya yang telah melarikan diri dari Rusia ke Hamburg, Jerman pada tahun 1940-an untuk melepaskan  diri daripada penganiayaan di bawah pemerintahan Komunis.

Pada suatu hari, dieWollmaus memutuskan untuk membuka peti keselamatan demi mengetahui rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam peti keselamatan.

Dia membuka peti keselamatan dengan menggunakan kunci dan menjumpai satu laci kosong.

Dia mengeluarkan penutup yang terdapat di bahagian bawah laci itu dan lihatlah, ada beberapa buah buku lama, foto, tin kosong dan poskad yang sudah kekuningan namun masih baik walaupun sudah bertahun-tahun lamanya tersimpan.

“Saya memindahkan kandungan peti keselamatan ke tempat yang lebih selesa (dan nyaman) untuk melihatnya semua,” tulis dieWollmaus.

“3 buah buku, beberapa tin kosong kecil, beberapa keping gambar dan lebih banyak surat dan kad yang dihantar dari rumah ke medan perang. Barangan yang tertua bertarikh 1914 dan termuda bertarikh 1944. “

Salah sebuah buku yang menarik perhatian matanya ialah Mein Kampf, buku autobiografi tahun 1925 yang ditulis oleh pemimpin Parti Nazi, Adolf Hitler.

Buku kontroversi itu terperinci mengenai ideologi dan impian politik Hitler untuk Jerman.

Terdapat juga salinan Rob Roy, sebuah novel sejarah yang ditulis oleh Sir Walter Scott yang diterbitkan pada tahun 1817.

Buku ketiga adalah salinan lama Lady and the Tramp berdasarkan filem klasik yang dihasilkan oleh Walt Disney pada tahun 1955.

Dia juga terjumpa beberapa keping gambar keluarga lama.

“Nenek saya fikir gadis kecil itu adalah ibunya jadi ini adalah moyang datuk dan nenek saya, sekitar tahun 1900,” tulisnya.

Terdapat satu lagi foto datuknya yang menunggang motosikalnya di kawasan pedalaman Jerman. Dia percaya gambar itu diambil pada awal tahun 50-an.

Terdapat beberapa gambar lelaki dalam pakaian seragam Hitler Jugend (Hitler Youth).

Di dalam peti keselamatan itu juga terdapat beberapa keping poskad.

Poskad romantis dari tahun 1916 ini mengingatkan kepada kenangan masa lampau ketika para tentera terlibat dalam peperangan dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanita mereka.

Poskad yang bertarikh 21.04.1941 ini mempunyai stem kerajaan Nazi padanya.

Berikut adalah satu lagi poskad vintaj. Adakah ini poskad iklan yang dicetak untuk merekrut wanita sebagai jururawat semasa Perang Dunia Pertama?

“John suka menconteng. Lakaran pensil,” tulis dieWollmaus.

Krim Nivea dari zaman dahulu. Bekas ini telah kosong.

Akhir sekali, gambar pewaris kepada Kaiser atau maharaja Jerman, semasa Perang Dunia I.

“Saya berharap anda menikmati perjalanan kecil ini,” kata dieWollmaus.

Walaupun ia agak menyeramkan untuk melihat semua ini selepas bertahun-tahun, namun ia masih merupakan pengembaraan masa yang menarik untuk kita lihat.

Pernahkah anda membuka peti keselamatan lama dan menemui sesuatu yang mengejutkan?

Kredit gambar: Imgur | dieWollmaus.

Sumber: NTD

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Pilihan Editor

loading...