Berita Hiburan, Pesona, Ria

Kerana wajahnya yang mirip aktor terkenal, lelaki ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai malah ada yang meminta gambar dan autografnya!

Kerana wajahnya yang mirip aktor terkenal, lelaki ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai malah ada yang meminta gambar dan autografnya!

Nama Johnny Depp bukan lagi asing dalam kalangan artis terkenal Hollywood. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon yang membawa watak Kapten Jack Sparrow dalam filem popular Pirates of the Caribbean ini?

Pada 26 Januari lalu, kelibat ‘Johnny Depp’ dikatakan telah mucul di sebuah pusat membeli-belah mewah di Bangkok, Thailand. Melihat akan kehadiran ‘artis’ terkenal ini maka ramai orang yang berpusu-pusu menemuinya, mengambil gambar dan tidak kurang ada juga yang mendapatkan autografnya. Pada mulanya semuanya nampak normal, tiada yang tidak kena sehinggalah ada yang menyedari dia bukanlah Johnny Depp!

Kelab peminat Johnny Depp di Thailand yang dikenali sebagai ‘Johnny Depp Thailand’, telah melangkah ke hadapan untuk mendedahkan kebenaran bahawa lelaki tersebut bukanlah pelakon terkenal seperti yang dianggap ramai.

Sumber: Coconuts Bangkok

Menurut Coconuts Bangkok, pelanduk dua serupa itu tiba di Emquartier pada jam 6.30 petang pada 26 Januari lalu. Oleh kerana dia ditemani oleh pengawal keselamatan, orang ramai dengan segera menganggapnya sebagai VIP dan mereka mula tertipu apabila seorang wanita menjerit, “Ini adalah Johnny Depp! Kapten Sparrow! “.

Sumber: Coconuts Bangkok

Admin kelab itu juga mendedahkan bahawa lelaki itu sebenarnya seorang ekspatriat yang telah lama menetap di Thailand dan itu bukanlah lawatan pertamanya ke pusat membeli belah itu.

 Sumber: Coconuts Bangkok

“Saya tidak tahu kenapa pusat membeli-belah melakukan perkara ini. Pengawal keselamatan Emquartier berkata mereka telah menerima panggilan yang mengatakan bahawa ada superstar di pusat membeli-belah dan mereka diminta untuk melindunginya. Jadi para pengawal menganggap lelaki itu adalah superstar yang dimaksudkan, ” katanya.

Sumber: Coconuts Bangkok

Nampaknya Johnny Depp palsu menikmati semua perhatian yang dia peroleh dan selepas mencetuskan kekecohan di pusat membeli-belah, dia kemudian pergi ke bar Thai untuk bersantai.

Sebagai peminat sejati Johnny Depp, mereka tidak memandang ringan perkara itu. Mereka kemudiannya bertindak menyiarkan beberapa keping perbandingan gambar Johnny Depp yang sebenar dan palsu untuk memberitahu orang ramai yang mana satu artis sebenar yang mana satu bukan artis.

Selain daripada tulang pipi dan kumisnya, tato, hidung dan tandatangan mereka berdua jelas berbeza sekali!

Kredit: Facebook

Sumber: World Of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Pilihan Editor

loading...