Berapa ramai antara anda yang pernah menonton filem komedi Happy Feet? Atau mungkin yang suka menonton kartun Pingu? Pasti anda terhibur dengan aksi lucu penguin yang bukan sahaja comel tetapi turut mencuit hati itu!

Seperti di dalam video di bawah ini, seekor penguin dilihat sedang cuba ‘meyakinkan diri’ untuk melakukan terjunan papan anjal. Bunyinya agak serius, kedengaran seperti penguin ini perlu melakukan terjunan di sukan Olimpik. Walaupun acara itu tidaklah sebesar mana tetapi penguin itu nampaknya agak ketakutan sehingga ia harus melakukan beberapa kali percubaan.

Percubaan kali pertama…“Macam dalam sangat sahaja kolam ini”

Kali kedua… ia masih tidak yakin dan nampaknya ia berpatah semula ke bahagian belakang papan anjal tersebut. “Saya tidak yakin dapat melakukannya”

Tidak mengapa cuba lagi untuk kali ketiga, anda boleh melakukannya! “Tidak! Tidak! Saya benar-benar tidak merasakan saya boleh terjun daripada papan anjal ini.”

“Bagaimana saya hendak terjun? Penonton sudah semakin ramai di luar sana…” Penguin itu seolah-olah mencari ketenangan sebelum melakukan percubaan terjunan lagi.

Masih takut-takut dan itu dia! Akhirnya, ia berjaya melakukan terjunan walaupun terjunan itu bukanlah seperti yang dirancang. “Opocot!”

Memandangkan percikan air kolam tidak banyak, maka penguin ini boleh dikira sebagai pemenang dalam acara terjun itu! Syabas!

Tonton video di bawah untuk melihat sendiri percubaan terjunan yang dilakukan oleh si comel penguin ini. Kongsikan kepada kenalan anda yang lain supaya sama-sama ketawa besar!

Sumber: Facebook Metro UK

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

 

Share
Kategori: HIBURAN Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds