Salah satu keseronokan apabila menjadi pasangan suami isteri adalah kejutan-kejutan yang diberikan oleh pasangan masing-masing sempena hari ulangtahun perkahwinan, ulangtahun kelahiran, sambutan untuk meraikan sesuatu kejayaan dan sebagainya.

Ada yang akan menyambut peristiwa-peristiwa indah ini dengan menikmati pengalaman bercuti ke destinasi pelancongan yang diidamkan, ada pasangan yang akan memberikan hadiah istimewa sebagai kejutan dan ada juga yang buat-buat tak tahu sahaja kerana terlupa.

Namun, suami kepada wanita ini ternyata mempunyai idea yang lebih menarik dan kreatif dalam memberikan kejutan kepada isteri tercinta.

Dia bukan sahaja ingin membahagiakan isterinya dengan ‘kejutan istimewa’ tersebut tetapi dia turut memastikan SEMUA INDIVIDU yang terlihat kelibat isterinya akan ‘menegur’ dengan cara membunyikan hon.

 Auto Barn

Are Lieyza telah berkongsi satu peristiwa yang sangat tidak diduga olehnya di Facebook. Dalam perkongsian berkenaan, Are Lieyza dikatakan merasa pelik dan keliru apabila dia kerap kali dibunyikan hon oleh pengguna jalan raya yang lain.

Bukan sahaja dihon, dia turut menyatakan semua pemandu kenderaan yang membunyikan hon akan mengangkat tangan sambil mengukirkan senyuman kepadanya.

“Aku keluar rumah nak pergi kerja tadi, motosikal dan kereta asyik hon kereta aku! Aku keliru apabila kereta yang membunyikan hon itu mengangkat tangan dan senyum manis pada aku”.

Career Addict

Tambah Are Lieyza lagi, perasaan bercampur baur sama ada takut dan keliru tentang peristiwa pada hari berkenaan. Pada awalnya, dia menyangkakan mungkin berlaku kejadian yang tidak diingini seperti tayar pancit pada kenderaannya yang menyebabkan orang ramai membunyikan hon.

“Sumpah cuak! Sepanjang kesesakan lalu lintas itu semua orang asyik hon. Aku sudah rasa mahu menangis!!”

Tidak betah dengan kekeliruan itu, Are Lieyza kemudian mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan bagi memeriksa apa yang tidak kena pada keretanya.

Pada waktu itulah segala rahsia terbongkar! Rupanya terdapat dua helai nota besar yang telah ditampal oleh suaminya pada belakang dan sisi kereta.

Nota tersebut tertulis:

“Hari ini adalah hari lahir isteri saya. Tolong hon sebanyak dua kali. Terima kasih”.

Jadi, nota tersebutlah yang menjadi punca mengapa semua pemandu dan penunggang motosikal tidak henti-henti membunyikan hon kepadanya.

“Malunya! Orang yang berhenti untuk beli nasi lemak tepi jalan itu pun menjerit ‘Selamat Hari Jadi’. Perasaan cuak tadi bertukar menjadi gembira sebab sporting sungguh orang Malaysia ini. Hahaha.. Malunya”.

Istimewa sungguh kejutan suaminya ini bukan? Ternyata, begitu mudah untuk membahagiakan insan bernama isteri. Siapa kata wanita perlu dilambakkan dengan harta dunia untuk melihat mereka tersenyum manis.

Sehingga artikel ini ditulis, status berkenaan mendapat lebih daripada 4,300 ‘like’ dan 1,097 kali perkongsian! Ramai netizen yang turut memberikan komen positif dan mahu melakukan perkara yang sama semasa hari lahir pasangan masing-masing.

“Izinkan saya buat macam ini masa hari jadi awak nanti sayang”.

Sumber: Facebook/Are Lieyza

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds