Bagi peminat muzik Korea Selatan pasti kenal dengan kumpulan muzik wanita negara itu, Tahiti. Baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan Tahiti iaitu Ari telah meluahkan keinginan untuk menetap di Malaysia. Bagi yang tidak tahu Ari mempunyai seorang abang yang kini bekerja di Malaysia.

Artis wanita ini berkata abangnya telah membawanya dan ahli-ahli Tahiti bersiar-siar di sekitar bandar ketika mereka berkunjung ke Malaysia minggu lalu.

“Ini adalah kali pertama kami di sini. Kami pergi membeli-belah, makan udang galah dan juga berkunjung ke. Saya suka Malaysia dan berasa seperti ingin tinggal di sini, “katanya.

Ari dan ahli kumpulannya, Miso, Min Jae dan Jerry, telah tampil membuat persembahan di Festival Muzik K-Wave2 2018 di Stadium Merdeka pada 13 Januari lalu.

Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu seperti Love Sick, Phone Number dan Skip. Antara artis K-pop yang lain yang turut membuat persembahan dalam festival itu ialah Super Junior, Taeyeon, Mamamoo, Nu’est W, A.C.E, dan Halo.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds