Seorang lelaki yang mahu pulang ke England dari Iceland telah ditahan kerana cuba menaiki pesawat dengan memakai pakaian yang berlebihan.

Ryan Carney Williams, yang dikenali sebagai Ryan Hawaii, dilaporkan mahu mengelakkan kos bagasi yang berlebihan dan oleh itu memakai lapan lapis seluar dan sepuluh lapis baju.

Dia mendakwa tidak dibenarkan menaiki penerbangan British Airways untuk pulang ke rumahnya kerana dia memakai pakaian yang tidak sesuai.

Lelaki ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Iceland Keflavík kerana memakai pakaian berlebihan

Syarikat penerbangan tersebut berkata Hawaii bertindak kurang ajar sehingga mereka terpaksa menolaknya daripada menaiki penerbangan itu. Dia enggan meninggalkan meja perlepasan yang membuatkan mereka terpaksa memanggil pengawal keselamatan, laman berita Iceland, Mbl.

Hawaii menyiarkan video ke laman Twitternya yang membantah syarikat penerbangan itu yang dikatakan bersikap ‘perkauman’.

Dia menyiarkan dua video yang dirakamkan semasa dia meminta penjelasan daripada pekerja penerbangan tersebut mengapa dia tidak dibenarkan menaiki penerbangan itu, kakitangan syarikat penerbangan itu berkata ‘adakah kami perlu memanggil polis?’

Dalam tweetnya yang lain, dia menceritakan bagaimana dia ditangkap, disembur dengan semburan lada dan diperlakukan dengan kasar.

Selepas dia memberi kenyataan kepada polis, dia kembali ke lapangan terbang untuk mendapatkan penerbangan EasyJet yang dia telah tempah untuk keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia berjaya mendaftar masuk dan melalui pemeriksaan keselamatan, dia telah ditahan di pintu masuk dan tidak dibenarkan masuk ekoran insiden hari sebelumnya.

‘Dan lagi! Ditolak untuk menaiki 2 penerbangan dalam 2 hari tanpa sebab yang munasabah, ‘ katanya di Twitter.

Pada mulanya EasyJet enggan membayar balik tiket penerbangannya  kerana mereka mengatakan ia tidak berada di bawah terma dan syarat mereka

Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya mengatakan bahawa telah membayar balik wang untuk penerbangan itu setelah Hawaii mengatakan mahu membawa perkara itu ke mahkamah

Hawaii mendakwa dia terperangkap di lapangan terbang Iceland tanpa wang dan tanpa barang-barangnya kerana bagasinya sudah diterbangkan ke England.

Hawaii pulang ke England dengan menaiki penerbangan Norwegian airline.

EasyJet dan British Airways kedua-duanya dilaporkan telah membayar balik tiketnya selepas dia membuat aduan kepada mereka.

Tonton videonya di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Eropah GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds