Pengarah filem Hollywood sering menghebohkan tentang cerita-cerita artis yang menginginkan watak dalam filem buatan mereka. Tetapi hakikatnya semua itu tidak selalunya berlaku malah sebenarnya ramai pelakon yang menolak tawaran pengarah-pengarah filem itu.

Berikut adalah beberapa fakta yang paling menarik tentang watak-watak filem kegemaran kita. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya bukan ‘pilihan’ utama dalam filem-filem yang dilakonkan mereka.

12. John McClane (Die Hard)

© foxstudios.com   © foxstudios.com

Pernah dikatakan bahawa Arnold Schwarzenegger adalah pelakon pertama yang menerima tawaran untuk melakonkan watak anggota polis McClane dan filem ini sepatutnya menjadi sekuel kepada filem aksi 1985 yang dilakonkan olehnya. Tetapi sebenarnya sebelum itu Iron Arnie telah menolak tawaran filem itu atas sebab-sebab yang berkait dengan etika iaitu kerana watak-watak negatif utama dalam filem tersebut adalah pengganas.

Sylvester Stallone, Harrison Ford dan Don Johnson merupakan calon lain untuk filem tersebut. Tetapi akhirnya watak ini dilakonkan oleh Bruce Willis.

11. Tony Stark (Iron Man)

© paramount.com   © depositphotos.com

Cerita mengenai filem ini bermula pada 1990-an ketika Universal Studios membeli hak cipta untuk membuat filem. Kemudian, pada tahun 1997, Nicolas Cage dikatakan berminat dengan watak ini dan bukan hanya dia malah Tom Cruise juga menyatakan kesediaan untuk memainkan watak Tony dan bahkan bersedia untuk menghasilkan filem tersebut.

Tetapi rancangan tersebut tidak berjaya. Plot filem itu telah diubah beberapa kali sebelum penggambaran bermula pada tahun 2006 apabila kedua-dua calon hilang minat untuk terlibat dalam filem tersebut.

10. Neo (The Matrix)

© warnerbros.com   © depositphotos.com

Para pembikin filem ini pada mulanya mahukan aktor Will Smith untuk membintangi filem ini kerana dia terkenal dalam filem Men in Black, Independence Day dan beberapa filem lain. Tetapi pelakon itu mengatakan dia tidak mempunyai masa untuk membintangi filem itu dan menurutnya lagi dia juga belum cukup matang untuk melakonkan watak tersebut.

Ewan McGregor, Leonardo DiCaprio dan Tom Cruise adalah calon lain untuk watak ini.

9. Jack Dawson (Titanic)

© foxstudios.com   © depositphotos.com

Pengarah Titanic, James Cameron, pada awalnya memilih Matthew McConaughey untuk membintangi filemnya. Tetapi pelakon itu menolak tawaran tersebut kerana tidak begitu puas hati dengan plot filem tersebut. Cameron memberi McConaughey peluang kedua, tetapi pelakon itu tetap dengan keputusannya. Jadi calon kedua, Leonardo DiCaprio akhirnya menjadi wira dalam filem hebat ini.

8. Batman (Batman, 1989)

© warnerbros.com   © depositphotos.com

Kita semua tahu bahawa Michael Keaton yang melakonkan watak superhero ini dalam filem yang diterbitkan pada 1989. Tetapi tidak semua orang tahu bahawa Mel Gibson sebenarnya aktor yang menjadi pilihan untuk membintangi filem ini tetapi dia telah menolak tawaran tersebut kerana menganggap filem itu tidak begitu popular. Tetapi siapa sangka filem itu mencapai rekod kejayaannya yang tersendiri dengan kutipan box office mencecah $400 juta.

7. Django (Django Unchained)

© sonypictures.com   © sonypictures.com

Sebelum Jamie Foxx mendapat watak ini, pembikin filem ini telah menawarkan watak tersebut kepada Will Smith dan dia telah menerima tawaran tersebut. Smith juga telah meminta mereka untuk menulis semula plot filem itu kerana dia menganggap ada beberapa ciri penting yang perlu dimasukkan ke dalam filem itu. Penulis skrip bahkan menolak permintaan tersebut untuk membuat apa-apa perubahan.

Idris Elba, Chris Tucker, Terrence Howard, Michael Kenneth Williams dan Tyrese Gibson antara artis yang cuba untuk mendapatkan watak ini.

6. Dr. Robert Neville (I Am Legend)

© warnerbros.com   © paramount.com

I Am Legend dijangka keluar pada pertengahan tahun 1990-an. Calon-calon utama filem ini adalah Tom Cruise, Michael Douglas, dan Mel Gibson tetapi akhirnya Arnold Schwarzenegger yang mendapat watak ini.

5. Edward Lewis (Pretty Woman)

© waltdisneystudios.com   © depositphotos.com

Tahukah anda bahawa Julia Roberts dan Al Pacino sebenarnya pernah melakukan latihan bersama untuk menjayakan watat yang diberikan? Namun begitu, Al Picano walau bagaimanapun sedar bahawa dia sebenarnya tidak berminat dengan filem tersebut.

Christopher Reeve, Daniel Day-Lewis dan Denzel Washington adalah antara aktor yang menjadi pilihan untuk melakonkan watak ini, tetapi Julia Roberts berjaya meyakinkan Gere untuk menerima tawaran tersebut.

4. Vivian (Pretty Woman)

© waltdisneystudios.com   © depositphotos.com

Pada mulanya pihak Disney tidak mahu Julia Roberts yang memainkan watak ini kerana menurut mereka watak ini perlukan sentuhan yang berbeza. Jadi mereka telah menjemput beberapa pelakon wanita lain untuk melakonkan watak ini.

Diane Lane hampir dipilih tetapi pelakon itu telah bertengkar dengan kru filem dan akhirnya menolak tawaran tersebut. Pelakon seperti Michelle Pfeiffer dan beberapa artis wanita lain juga menolak kerana mereka tidak suka akan plot filem tersebut.

3. Jack Sparrow (Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl)

© waltdisneystudios.com   © depositphotos.com

Adakah anda tahu sebenarnya watak Jack Sparrow ditulis untuk pelakon Hugh Jackman? Namun begitu, para pengarah filem tersebut tidak berminat dengan pelakon itu kerana Jackman dikatakan tidak cukup terkenal di luar Australia.

Watak ini kemudian ditawarkan kepada Jim Carrey dan Matthew McConaughey tetapi McConaughey akhirnya menolak tawaran ini.

2. Michael Corleone (The Godfather)

© paramount.com   © florinfilm.com

Paramount mahukan pelakon popular (Warren Beatty, Robert Redford) untuk membintangi filem ini, tetapi mereka semua menolak. Dustin Hoffman yang sememangnya pelakon terkenal juga tidak mahu akan watak tersebut.

Walau bagaimanapun Francis Coppola menganggap Al Pacino adalah layak untuk watak ini dan cuba untuk mempromosikan aktor tersebut walaupun Al Pacino tidak begitu terkenal.

1. Christian Grey (Fifty Shades of Grey)

© universalstudios.com   © depositphotos.com

Robert Pattinson dan Ryan Gosling merupakan calon utama bagi filem ini. Pengarah walau bagaimanapun telah menolak Pattinson kerana berfikir dia tidak dapat membawa watak Christian Grey dengan baik  selepas lakonannya dalam Twilight. Gosling walau bagaimanapun tidak berminat degan watak itu dan akhirnya watak tersebut telah dilakonkan oleh Jamie Dornan.

Sumber: BRIGHT SIDE

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds