Baru-baru ini dilaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kebenaran khas yang diberikan kepada TREC yang terletak di Jalan Tun Razak untuk beroperasi sehingga 5 pagi, menurut Malay Mail Online.

Sumber: 12fly

Semakan ini dibuat selepas menerima nasihat daripada pihak polis baru-baru ini dan akan dibincangkan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menyatakannya hari ini (15 Januari).

“Kami menerima surat daripada IGP yang meminta kami untuk mengkaji semula jam operasi dan kami akan mematuhinya. Kini kami sedang berusaha untuk memendekkan waktu operasi berikutan nasihat oleh polis. “

Sumber: MMO

Datuk Bandar KL kemudiannya berkata bahawa dia tidak dapat mengesahkan jika surat polis ini dikaitkan dengan amaran kedutaan Amerika Syarikat bagi warganya untuk mengelakkan melawat kelab malam yang popular di bandar itu, The Beach Club, kerana kes-kes warga asing mencampurkan dadah ke dalam minuman dilaporkan berlaku.

Walaupun tidak dapat mengesahkannya, Tan Sri Mhd Amin berkata bahawa DBKL bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu. Polis dilaporkan menasihatkan supaya tempat itu beroperasi sehingga pukul 1 pagi sahaja, tetapi pihak berkuasa lain mencadangkan tempat itu ditutup pada pukul 3 pagi.

Sumber: CNN Travel

“Memandangkan keputusan Kabinet membenarkan tempat itu beroperasi sehingga 5 pagi, kini kami perlu menyediakan kertas Kabinet untuk menyemaknya semula,” kata Datuk Bandar itu.

Menurut Tan Sri Mhd Amin, kawasan hiburan seperti Jalan P. Ramlee, Changkat Bukit Bintang, dan Sri Hartamas dibenarkan dibuka sehingga 3 pagi sementara premis hiburan yang terletak di luar kawasan ini hanya boleh dibuka sehingga jam 1 pagi.

Sumber: The Adventurous Educator

Selain itu, DBKL juga dilaporkan tidak akan membenarkan tempat-tempat hiburan untuk beroperasi berhampiran dengan kawasan kediaman. Mereka juga merancang untuk memindahkan tempat-tempat hiburan yang terletak berhampiran kawasan perumahan ke kawasan yang lebih sesuai.

Apakah pendapat anda?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: BISNES HIBURAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds