BISNES, Ekonomi, INSPIRASI, Keluarga

Lelaki ini berhenti kerja yang berpendapatan RM30,000 sebulan untuk membantu ibu menjual kuih

Lelaki ini berhenti kerja yang berpendapatan RM30,000 sebulan untuk membantu ibu menjual kuih

Semua manusia mengimpikan kerjaya yang berpendapatan tinggi, dan jika telah berjaya mencapai impian tersebut, pasti kita tidak akan meninggalkan karier tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki ini memutuskan untuk berhenti kerja yang berpendapat $10,000 (RM29,914) sebulan ekoran niat murninya yang ingin membantu ibu menjual kuih tradisional.

Sumber: Facebook

Bekas pegawai bank ini, iaitu Jeffrey Goh, 39 tahun, meraih pendapatan tinggi pada setiap bulan sebelum ini. Beliau merupakan anak kedua kepada Tay Lee Tiong, iaitu pemilik kepada kedai Ah Yee Soon Kueh pada Oktober 2014. Ibunya dikenali sebagai ‘Ah Yee’ yang bermaksud makcik bagi mereka yang mengenalinya. Kedainya yang terletak di Pusat Penjaja Dunman, Singapura, sering mendapat sambutan oleh para pelanggan setia.

Sumber: Seth Lui

Ibunya menjual kuih ‘soon’ iaitu sejenis kuih tradisional (dim sum) yang diperbuat daripada tepung beras, manakala intinya terdiri daripada jicama ataupun sengkuang. Kedai makcik Tay menerima sambutan yang menggalakkan dan pernah juga muncul di beberapa rancangan televisyen. Ia membuatkan makin ramai pelanggan yang akan mengunjungi kedainya.

Sumber: Seth Lui

Oleh kerana makcik Tay sudah menjangkaui usia 64 tahun, makcik Tay mudah penat dan lazimnya Goh yang akan membantunya semasa cuti hujung minggu. Setelah 8 tahun, makcik Tay berasa beliau tidak mampu lagi untuk meneruskan perniagaannya dan memaksa kedainya ditutup pada April 2012.

Sumber: Facebook

Menurut laporan Oriental Daily, itulah saatnya Goh berasa penat dengan kerja korporatnya dan mengambil keputusan untuk membantu ibunya meneruskan perniagaan. Beliau berhenti kerja dan mula belajar tentang cara-cara membuat kuih berkenaan.

Sumber: Seth Lui

Selepas 5 tahun berehat dalam urusan perniagaan, Ah Yee Soon Kueh dibuka semula pada bulan Ogos 2017 di sebuah lokasi baru iaitu 124 Tembeling Road. Apa yang mengujakan, makcik Tay sudah bersara sepenuhnya kerana beliau sudah ada pengganti – anaknya! Bersama-sama, ibu dan anak itu meneruskan khidmat menyediakan kuih yang lazat kepada para pelanggan setia mereka.

Sumber: Facebook

Goh berkata, beliau berusaha keras untuk mengambil alih perniagaan ini supaya ibunya dapat berehat. Tetapi, buat masa sekarang, beliau hanya mewarisi 60% daripada kemahiran ibunya. Sesungguhnya, memasak makanan yang lazat agak memakan masa. Kedai mereka bukan sahaja menjual kuih soon yang terdiri daripada pelbagai inti malahan turut menyediakan snek tradisional seperti kek keladi, beras pulut dan kaya.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Kuih kedai mereka sangat terkenal ekoran daripada aspek kulit yang nipis dan lutsinar serta inti harum yang mampu membuat perut anda berbunyi. Semuanya 100%  dihasilkan dan dimasak sendiri. Dianggarkan bahawa hasil jualan kuihnya untuk sehari adalah daripada 300 hingga 500 biji.

Ibunya berkata bahawa beliau sangat gembira kerana akhirnya Goh mewarisi kebolehannya membuat kuih dan akan mencuba sebaik mungkin agar Goh mahir sepenuhnya. Ibu dan anak itu berhasrat untuk membawa jenama mereka agar lebih dikenali di Singapura. Jika anda teringin hendak merasa, ini alamatnya : 124, Tembeling Road, 42362, Singapura. Waktu operasinya mula bermula seawal 8 pagi hingga 5 petang.

Era Baru

Pilihan Editor

loading...