NASIONAL

Pengguna Touch ‘n Go akan dapat membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar mereka tidak lama lagi

Pengguna Touch ‘n Go akan dapat membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar mereka tidak lama lagi

Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) telah menerima kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengendalikan dan menawarkan perkhidmatan e-wallet mudah alih di negara ini.

Kredit: BNM

Dengan menggunakan perkhidmatan e-wallet mudah alih, rakyat Malaysia akan dapat membuat pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad untuk membeli-belah dalam talian, membayar bil, membuat pembelian runcit serta pemindahan dana dari satu akaun ke akaun yang lain.

Kredit: postimg.org

Hanya dengan menggunakan kod QR untuk membuat pembayaran, perkhidmatan tersebut akan memanfaatkan platform teknologi Ant Financial’s Alipay, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital yang terkemuka di dunia. Menurut laman web Alipay, kini perkhidmatan itu menyokong lebih daripada 520 juta pengguna.

Pada masa ini, Alipay e-wallet di Malaysia hanya boleh digunakan oleh warganegara China, manakala mereka yang mempunyai akaun Alipay Malaysia hanya boleh menggunakannya untuk pembelian yang dilakukan di laman web e-dagang Lazada.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Syahrunizam Samsudin berkata inisiatif ini menyokong aspirasi kerajaan untuk mempercepatkan pembentukan ekosistem pembayaran digital yang mantap dan terjamin.

Kredit:  Utusan

Katanya lagi kepada New Straits Times, Touch ‘n Go sudah menjadi pilihan nombor satu dalam micropayment (bayaran secara atas talian untuk sejumlah wang yang sangat kecil) dan pihak syarikat melihat penawaran tersebut sebagai tambahan untuk menguatkan nilai saranan mereka dalam usaha menggalakkan negara dan pelanggan membuat pembayaran secara digital.

Kredit: The Sun Daily

Dengan perkembangan perkhidmatan itu, pihak Touch ‘n Go mengharapkan pengguna semasa mereka yang kebanyakannya menggunakan Touch ‘n Go untuk membayar tol, transit dan tempat letak kereta untuk segera mendaftar masuk ke sistem pembayaran baru.

Sumber: NST

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

Pilihan Editor

loading...