Ramai rakyat Malaysia mungkin berfikir bahawa persaraan mereka masih jauh sehingga mereka tidak perlu risau. Bukan untuk merisaukan anda, tetapi anda pasti tidak mahu menderita ketika hari tua, bukan?

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda mula berjimat untuk persaraan anda kerana kerajaan memberi insentif RM1,000 percuma kepada belia Malaysia!

Caruman kepada PRS adalah sukarela. Individu (pelabur runcit, bekerja sendiri, pekerja) atau majikan boleh menyertai PRS sebagai pencarum. Menawarkan manfaat pencen swasta boleh menjadi suatu cara bagi majikan untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir. Ia tidak sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi terdapat beberapa persamaan seperti mereka akan menyimpan wang anda untuk digunakan apabila anda berada di usia tua.

Skim Persaraan Swasta (PRS) mula diperkenalkan di Parlimen pada Oktober 2011 semasa pembentangan Bajet 2012. Idea mengenai PRS ini adalah hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Kerajaan Malaysia. Namun sebelum ini hanya RM500 diberikan. Dato’ Sri Najib telah meningkatkan jumlah itu. Sekiranya anda mengambil kesempatan daripada insentif RM500 itu, sayangnya, anda tidak akan layak untuk mendapat insentif RM1,000 kali ini.

Untuk sekurang-kurangnya RM1,000 yang anda sumbangkan, anda akan layak mendapat insentif RM1,000 daripada kerajaan.

Kerajaan akan membuat bayaran sekali sahaja sebanyak RM1,000 kepada individu berkelayakan yang akan digunakan untuk membeli unit dana PRS dalam akaun PRS anda. Ia merupakan skim pelaburan jangka panjang! Skim ini bertujuan untuk membantu belia Malaysia berumur 20 hingga 31 tahun untuk menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan.

Kredit: retirementsolutionsnj

Siapa yang layak?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemegang akaun Pentadbir Pencen Swasta (PPA) sedia ada atau ahli baru
  3. Individu mestilah berumur 20 tahun ke atas tetapi belum mencapai usia 31 tahun antara 2017 – 2018
  4. Caruman kasar mencapai RM1,000 dalam tempoh dua (2) tahun dari 2017 hingga 2018 dalam satu dana PRS tunggal Penyedia

RM1,000 akan dideposit secara automatik ke dalam akaun anda dan anda tidak perlu memohonnya kerana PPA akan memantau akaun anda. Bayaran akan dibuat setiap enam bulan.

Pada masa ini, terdapat lapan penyedia PRS di Malaysia jadi pilih salah satu yang anda mahukan dan pergi ke cawangan terdekat untuk membuka akaun.

Ini adalah penyedia yang diluluskan (setakat 5 April 2012) ialah:

  1. Affin Hwang Asset Management Berhad
  2. AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd
  3. AmFunds Management Berhad
  4. CIMB-Principal Asset management Berhad
  5. Kenanga Investors Berhad
  6. Manulife Asset Management Services Berhad
  7. Public Mutual Berhad
  8. RHB Asset Management Sdn Bhd

Jika anda masih belum jelas mengenai keseluruhan skim ini, berikut adalah perbezaan antara PRS dan KWSP:

Kredit: loanstreet

Anda boleh menyumbangkan apa-apa amaun yang anda suka pada bila-bila masa yang anda suka. Selain itu, anda boleh mendapat pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setiap tahun jika anda menyumbang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PPA di sini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds