Bulan lalu, seekor penyu telah mengejutkan ramai pihak apabila ditemui terikat bersama dengan 816 kg dadah jenis kokain!

Penyu tersebut dilaporkan telah ditemui oleh pengawal pantai Amerika Syarikat ketika sedang membuat rondaan di Timur Pasifik pada 19 November.

Pada awalnya, pihak pengawal tidak mengetahui kandungan sebenar bungkusan yang terikat pada leher penyu berkenaan.

Ekoran itu, mereka telah memotong tali yang terbelit pada penyu berkenaan dengan berhati-hati sebelum melepaskan hidupan itu kembali semula ke laut.

Tali berkenaan disimpan di dalam bot bagi mengelakkan hidupan laut lain pula yang terperangkap.

Setelah itu, mereka mula membuat pemeriksaan pada bungkusan misteri berkenaan sebelum menemui ianya adalah bungkusan yang mengandungi dadah!

Dadah dipercayai jenis kokain itu adalah seberat 816 kg dengan nilai melebihi RM215 juta!

Rondaan tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada ‘Operasi Martillo’ yang dilancarkan pada Januari 2012.

Tujuan operasi ini dilaksanakan adalah bagi mencapai matlamat untuk memerangi penyeludupan haram di sepanjang perairan Amerika Tengah.

Operasi ini berlangsung selama 68 hari dan dalam lapan operasi yang telah dijalankan, pihak pengawal pantai berjaya merampas sejumlah 6,755 kg dadah kokain dan 6.5 kg ganja. Bukan sahaja itu, operasi ini turut membolehkan seramai 24 penyeludup berjaya ditangkap dan ditahan.

Setelah disoal siasat, kesemua pengedar dadah ini menyatakan bahawa mereka tidak menyangka dadah yang tersorok di dalam laut ini berjaya ditemui oleh seekor penyu sebelum disedari oleh pihak berkuasa.

Sumber: Metro, Beauties of Life

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds