Berdasarkan kajian para doktor, sebanyak 75 peratus rasa keletihan dan kesakitan di bahagian otot dan sendi adalah disebabkan oleh kedudukan postur yang salah apabila seseorang duduk di hadapan komputer dan sebanyak 25 peratus lagi ialah kegagalan dalam menyeimbangkan masa kerja dan rehat.

Di bawah adalah beberapa cadangan yang dikemukakan oleh para pakar bagaimana anda boleh duduk dalam keadaan yang baik semasa bekerja supaya tidak mendapat masalah kesihatan.

1. Kesakitan kaki

Jangan menyilangkan kaki atau peha anda. Ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak bergerak dengan lancar, menghalang atau menyempitkan saluran darah dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kaki. Juga boleh menyebabkan kaki menjadi kebas dan sindrom kaki bergetar.

Perkara terpenting yang perlu anda lakukan ialah membetulkan kedudukan kerusi. Kaki anda tidak sepatutnya tergantung dan kedudukan hujung kerusi tidak sepatutnya menekan di bawah kaki.

Letakkan kaki anda di atas lantai yang rata atau satu tempat meletak kaki yang khas supaya kedudukan kaki anda boleh dibengkokkan dengan selesa pada sudut lebih dari 90 darjah.

2. Sakit belakang

Kedalaman sebuah kerusi sepatutnya sekata dengan ukuran panjang pinggul anda. Jika anda duduk di kerusi yang lebih besar, letakkan satu kusyen yang selesa di belakang pinggang anda supaya ia boleh menahan beban. Jika tidak anda akan selalu meluncurkan badan ke bawah dan ini akan membawa tekanan dan kesakitan pada bahagian belakang badan.

Kerusi yang anda duduki seharusnya berada dalam keadaan selesa di bahagian belakang dengan lengkok yang sesuai supaya bahagian belakang anda tidak berbentuk seperti bentuk tanda tanya.

Jangan mengubah posisi duduk dengan segera apabila anda berasa tidak selesa. Biarkan otot anda menyesuaikan keadaan dengan postur yang betul. Otot itu akan berasa tenang dengan sendiri, dan postur itu akan menjadi lebih selesa. Penerimaan keadaan tidak akan berlaku dengan segera.

3. Tangan yang keletihan

Apabila anda sedang bekerja di hadapan komputer, tangan anda akan berada dalam tekanan yang berterusan. Bebanan dan kedudukan yang salah akan menyebabkan ketegangan dan rasa lenguh pada tangan sehingga kepada keadaan yang menyebabkan rasa kebas pada tangan pada waktu pagi.

Kedudukan pada bahu dan lengan seharusnya berada dalam kedudukan yang betul sekiranya papan kekunci dan tetikus berada pada paras siku.

Pergelangan tangan anda sepatutnya berada dalam posisi yang lurus dan tidak berpaling kepada posisi berat sebelah. Tangan anda sepatutnya membengkok selari dengan siku pada sudut 90 darjah dengan anda berasa bebas dan selesa meletakkan tangan di atas meja.

4. Sakit leher

Untuk mengelakkan kesakitan pada leher dan kepala, adalah penting bagi anda meletakkan monitor komputer pada kedudukan yang betul. Jika ia terlalu rendah, anda akan membengkokkan bahagian belakang atau meluncurkan diri dari kerusi. Ini akan menambah beban pada bahagian hujung kedudukan badan anda yang boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang sehingga ke hernia dan kebengkakan.

Duduk di atas kerusi, tutup mata anda dan bertenang. Apabila anda membuka mata, tumpukan kepada bahagian tengah skrin monitor pada kedudukan yang selesa buat diri anda.

Jika perlu, gunakan penahan bawah monitor supaya ia sekata dengan kedudukan mata. Skrin komputer perlu berada di hadapan anda dan tidak di bahagian tepi supaya bebanan pada leher dan mata anda akan dapat diminimakan.

5. Mata yang bengkak dan letih

Apabila anda bekerja di hadapan komputer pada masa yang lama, terdapat satu sindrom dipanggil sindrom penglihatan, sindrom kabur, sindrom mata kemerahan dan kekeringan serta sakit kepala dan gangguan mata.

Ubah posisi monitor komputer

Doktor mempercayai posisi optima pada kedudukan tengah monitor ialah pada paras mata anda, dan jauhnya lebih kurang 50 sentimeter dari muka anda.

Alihkan pandangan silau dari skrin komputer

Jika komputer anda berada bersebelahan dengan tingkap, alihkan ia atau turunkan langsir. Ubahsuai kedudukan cahaya dan saiz pada skrin komputer yang bersesuaian dengan pandangan mata anda yang selesa.

Adalah amat berguna untuk memakai cermin mata khas

Cermin mata khas mempunyai ciri skrin lingkungan. Apabila memakai cermin mata ini , mata anda akan berasa kurang letih dan ia juga akan melindungi penglihatan dan mata anda.

Jangan lupa untuk melakukan senaman mata

Anda boleh melihat di luar tingkap atau melihat keadaan sekeliling dengan mata anda pada setiap jam bekerja sekurang-kurangnya dalam masa 20 saat. Anda juga boleh melakukan senaman mata yang mudah.

Cepat berasa letih

Jika seseorang itu bekerja dengan posisi duduk yang lama, dan suka memakan makanan berlemak dan bergula, kolesterol akan berkumpul di dinding pembuluh darah. Urat juga akan menyempit dan injap jantung akan bergerak perlahan dan berfungsi dengan kurang efisen.

Dan rasa kurang menyenangkan akan muncul. Rasa kesakitan di bahagian otot, letih pada kaki dan betis, kaki yang membengkak, serta tekanan darah tinggi. Simptom ini akan berlaku pada waktu petang setelah anda telah hampir selesai bekerja.

Jadi, lakukan beberapa senaman ringkas setiap hari. Senaman ringkas melonggarkan otot dan pernafasan yang hanya mengambil masa selama 15 minit.

Dalam perjalanan ke pejabat, cuba berjalan lebih dari menggunakan kereta atau pilih sahaja menggunakan pengangkutan awam. Dan apa yang paling penting, makan makanan yang sihat dan berzat.

Kredit :  mayocliniccornell / Bright Side

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds