Setiap orang akan merasai hari di mana mereka berasa kurang sihat sekali sekala. Tetapi ada masa penyakit yang dialami berulang dan boleh membimbangkan diri. Dan tiba masa anda mengambil serius dengan tahap kesihatan anda. Mungkin ia berkaitan dengan tekanan. Dan para doktor berkata tekanan boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berlainan.

Dibawah adalah tanda-tanda popular yang menunjukkan badan anda berada dalam keadaan yang sangat tertekan.

1. Penyakit kulit

Penyakit psoriasis, jerawat dan lain-lain penyakit kulit boleh datang disebabkan oleh tekanan. Saintis yang menjalankan penyelidikan di kalangan pelajar mendapati kaitan secara langsung diantara tekanan psikologi yang tinggi dengan masalah kulit.

Sebuah ujikaji yang dijalankan ke atas seekor tikus menunjukkan keputusan yang sama. Haiwan ujikaji yang terdedah kepada dos tekanan yang tinggi lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kulit.

2. Perubahan berat badan

Anda mungkin pernah mengalami situasi di mana anda tidak dapat mengekalkan berat badan ideal dengan berdiet atau melakukan senaman.

Dalam keadaan melalui pengalaman yang lebih tertekan, berat badan anda semakin bertambah. Kajian mendapati, dengan mengalami situasi tekanan yang kerap, ia akan meningkatkan pembentukan hormon kortisol. Hormon ini akan menstabilkan lemak metabolisme dan karbohidrat serta menyokong tahap gula  yang diperlukan di dalam darah.

Jika seseorang mempunyai hormon ini, dia akan makan lebih banyak dan badan akan menghasilkan lebih banyak testosteron, lalu akan membakar kurang kalori. Ini yang telah menyebabkan berat badan anda meningkat.

Kadangkala tekanan emosi dan kebimbangan juga akan menyebabkan seseorang kehilangan berat badan. Tahap adrenalin dalam darah akan menyebabkan perkara ini berlaku. Adrenalin akan mempercepatkan kadar metabolisme, tetapi memperlahankan pemecahan dan pembuangan lemak. Saintis berkata hormon CRH yang terbentuk telah menyebabkan kehilangan berat badan.

3. Demam yang berlarutan dan kerap

Seperti yang diketahui, tekanan boleh menghasilkan pembentukan hormon kortisol yang akan menyingkir keradangan. Namun begitu, apabila seseorang itu mengalami tekanan yang sangat kronik, sistem imun menjadi kurang sensitif kepada kortisol, yang akan menyebabkan keradangan yang lebih serius. Dan badan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat demam, selsema dan batuk.

Jangan menyalahkan cuaca apabila anda berasa tidak sihat. Ini semua sebenarnya kerana badan anda mengalami sistem imun yang lemah. Jika anda selalu mendapat demam dan sering jatuh sakit, fikirkan masalah yang sedang melanda diri anda di dalam kehidupan dan cuba untuk mengatasinya.

4. Penyakit usus dan perut

Saintis telah membuktikan bahawa tekanan memberi kesan negatif kepada perjalanan sistem penghadaman dengan mengalami kesakitan di perut dan usus. Kadangkala dengan memakan ubat untuk meredakan kesakitan di perut tidak memberi kesan.

Apabila perkara ini terjadi, pergilah berjumpa dengan pakar psikologi kerana pakar ini boleh membantu. Seorang doktor akan mengenal pasti punca kebimbangan anda dan akan membantu menyelesaikannya.

5. Sukar untuk fokus

Seseorang yang mengalami tekanan pada masa yang lama akan mendapati dirinya sukar untuk fokus dengan tugas yang diberikan. Jika anda mengalami tekanan, anda akan mendapati diri semakin susah untuk memberi fokus dari biasa. Mungkin anda perlu memperlahankan sedikit tugas anda dan ambil masa untuk berehat. Ini semua terjadi kerana anda begitu tertekan dan kebimbangan.

6. Kehilangan rambut

Saintis telah membuat kajian dan membuktikan dengan membuat kesimpulan yang tekanan boleh membuat rambut anda gugur atau anda akan kehilangan rambut sepenuhnya dan menjadi botak.

Jika anda mendapati rambut anda semakin menipis dan kurang serta apabila memakan vitamin juga tidak memberi apa-apa kesan yang positif, mungkin tekanan itu adalah puncanya. Jadi berhenti dari menjadi bimbang jika anda mahu memiliki rambut yang cantik.

7. Sakit kepala

Sakit kepala boleh disebabkan banyak perkara seperti ‘osteochondrosis’ , salah posisi tidur, tekanan darah tinggi dan rendah, penyakit sinus, kehamilan dan banyak lagi. Tetapi kadangkala sakit kepala itu disebabkan oleh tekanan yang anda alami di tempat kerja atau di rumah.

Mengambil ubat sakit kepala mungkin boleh meredakan sakit kepala anda. Tetapi sekiranya anda tidak membuang tekanan yang berada di dalam kehidupan anda, sakit kepala itu akan kembali dan berulang.

8. Masalah tidur

Situasi yang menekan boleh menjadi penyebab seseorang itu tidak boleh tidur pada waktu malam atau tidak tidur langsung. Anda mungkin mengalami insomnia jika anda berada dalam tekanan pada masa yang agak lama.

Ini adalah masalah yang sangat serius apabila seseorang itu tidak boleh melakukan kerja dengan baik dan menikmati kehidupannya jika tidak mendapat tidur yang baik.

Jika ubat tidur tidak lagi memberi kesan, ini adalah masa anda  untuk  pergi mendapatkan nasihat doktor. Adalah sangat penting anda mendapatkan jawapan kepada masalah tidur anda dan menyelesaikannya secepat mungkin.

9. Penyakit kardiovaskular

Jantung kita mengalami pelbagai rasa di sepanjang kehidupan ini melalui masa baik dan buruk. Ia adalah organ terpenting untuk dilindungi. Tekanan memberi pengaruh yang tidak baik kepada jantung.

Saintis membuktikan tekanan yang kronik adalah satu sebab terpenting yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Keadaan yang menekan seperti kerja keras, tiada pekerjaan, kemiskinan dan masalah keluarga akan menjadikan situasi menjadi lebih buruk kepada jantung.

Dan bagaimana badan anda bertindak balas dengan masalah tekanan yang anda hadapi?

Kredit imej: depositphotos / Bright Side

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds