KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan 13 polisi baru berkaitan kesihatan termasuklah mengehadkan waktu operasi bagi restoran mamak sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

NST

Polisi-polisi ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kehidupan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) baru-baru ini telah menentang polisi kesihatan baru yang mengarahkan restoran untuk mengehadkan waktu operasi sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Presiden KIMMA iaitu Datuk Syed Ibrahim Kader menggambarkan polisi berkenaan yang akan dikenakan ke atas cawangan restoran mamak sebagai ‘mengarut’.

Sinar Online

“Ya, kementerian sedang berusaha untuk menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit. Tetapi mengehadkan waktu operasi restoran mamak sehingga tengah malam tidak akan menyelesaikan masalah tersebut”.

Tambah beliau lagi, “Orang tetap akan memasak di rumah. Adakah kementerian akan melaksanakan satu lagi polisi yang melarang setiap isi rumah untuk memasak setelah jam 12 malam bagi menghalang masyarakat Malaysia untuk makan selepas tengah malam?”

NST

“Pada kami, apa yang kementerian boleh lakukan adalah mendidik rakyat Malaysia untuk menjaga pengambilan pemakanan dan sentiasa makan makanan yang sihat,” kata Syed Ibrahim lagi.

CFPCN

Terdapat 13 polisi yang bertujuan untuk mempromosi kesihatan telah dilaksanakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam. Antaranya adalah:

  • Mengehadkan waktu operasi restoran sehingga lewat malam
  • Mengenakan cukai bagi minuman manis
  • Mengecualikan peralatan sukan daripada duti import
  • Memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang lebih baik
  • Mengisytiharkan kawasan mendaki sebagai rizab
  • Mengecualikan pengusaha gimnasium daripada membayar cukai korporat
  • Mengharamkan sebarang pengiklanan yang mempromosikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi
  • Kawasan perumahan baru perlu menyediakan ‘kawasan hijau’ termasuk laluan basikal
  • Meningkatkan penguatkuasaan dalam menentang penjualan dan pengedaran rokok haram
  • Memperkenalkan program untuk berhenti merokok yang dikenali sebagai mQuit di IPTA dan IPTS
  • Menggalakkan tabiat makan buah-buahan dan sayur-sayuran di sekolah dan tempat kerja
  • Mengendalikan aktiviti kesihatan yang memfokuskan kepada penyakit tidak berjangkit dan memastikan pihak sekolah menyediakan makanan yang berkhasiat

Thinglink

Menurut Syed Ibrahim, menguruskan restoran yang beroperasi 24 jam bukan satu perkara yang mudah. Akan tetapi disebabkan oleh sokongan daripada rakyat, cawangan restoran mamak telah berubah menjadi satu lokasi berkumpul bagi orang ramai dan telah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia.

mStar

Misalnya, restoran mamak menjadi lokasi kegemaran rakyat Malaysia setiap kali ada perlawanan bola. Malah, restoran mamak juga sentiasa menjadi pilihan bagi para pelajar untuk mengadakan perbincangan atau menyiapkan tugasan kuliah mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan restoran mamak menyediakan kemudahan Wi-Fi.

“Jika restoran mamak hanya beroperasi sehingga tengah malam, ke mana para pelajar akan pergi?”

Pengenalan polisi-polisi ini akan dilaksanakan selama dua tahun bermula tahun hadapan.

Sumber: NSTThe Malay Mail Online dan Sinchew

 

 

 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds