NASIONAL

Jabatan Imigresen Malaysia: Lebih daripada 200 pasport rakyat Malaysia dicuri setiap hari

Jabatan Imigresen Malaysia: Lebih daripada 200 pasport rakyat Malaysia dicuri setiap hari

KUALA LUMPUR  — Sejumlah 77,945 buah pasport rakyat Malaysia dicuri setiap hari, menjadikan purata bilangan kes berkaitannya adalah sebanyak 233 kes sehari, lapor Jabatan Imigresen Malaysia pada Utusan Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata jumlah berkenaan naik 91 peratus berbanding dengan 2 tahun sebelumnya, di mana pada masa itu hanya 6,896 sahaja kes kehilangan pasport dicatatkan, manakala purata kes sehari hanya 19 sahaja.

Laporan berkenaan adalah berdasarkan kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Dicuri dan Hilang oleh Interpol. Trend ini meningkat dengan ketara pada tahun 2016, apabila bilangan kes melonjak kepada 45,095 buah kes.

Kredit: Yusof Mat Isa

Sementara itu, penganalisis jenayah, Datuk Shahrul Hamid Abd Rahim berkata kepada akhbar tempatan bahawa trend jenayah ini meningkat kerana pasport Malaysia mempunyai akses yang mudah ke negara lain kecuali Israel.

Beliau berkata dokumen perjalanan yang dicuri berkenaan boleh dijual kepada sindiket jenayah dengan harga antara RM30,000 hingga RM50,000 pada tahun 1990-an.

“Jenayah sebegini bukanlah jenayah baru kerana ia telah berlaku pada tahun 1980-an dan 1990-an. Tetapi, mungkin harganya kini makin melonjak. Baru-baru ini, terdapat kes di mana polis London menangkap 16 orang pekerja seks yang berasal dari China dan Thailand. Setelah disiasat, mereka ini pernah memiliki pasport Malaysia”, tambahnya.

The Vocket

Dikatakan bahawa harga pasport Malaysia yang dijual semula mencecah RM250,000. Jika harganya makin tinggi, maka imej negara akan tercalar kerana mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah.

Beliau turut menekankan bahawa pihak Jabatan Imigresen Malaysia perlu melaksanakan tindakan tegas dan meningkatkan jumlah denda kepada sesiapa yang melaporkan kehilangan pasport ekoran kecuaian sendiri.

Sumber: MalayMail Online

Era Baru

Kategori:NASIONAL

Pilihan Editor

loading...