Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi detik yang amat dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri, apatah lagi setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit: Facebook | Andy-Sarah Justice

Begitu juga dengan pasangan Sarah dan Andy Justice daripada Tulsa, Oklahoma yang telah lama mencuba untuk mendapatkan zuriat. Mereka pernah mengadakan konsultasi dengan pakar kesuburan dan bercadang untuk menjalani prosedur fertilisasi in-vitro (IVF).

Namun, pasangan ini diberitahu bahawa kos prosedur ini sangat tinggi mencecah USD 60,000 dan peratus untuk berjaya hamil hanyalah 10 peratus.

Hal ini tidak menghalang pasangan tersebut mencuba alternatif lain untuk mendapatkan anak.

Mereka bercadang untuk mengambil anak angkat dan proses untuk mendapatkan bayi baru lahir adalah mencabar.

Mereka perlu berbincang secara mendalam dengan ibu yang melahirkan terlebih dahulu. Pada awalnya, Sarah dan Andy telah mendapatkan persetujuan daripada dua orang wanita hamil yang menerima mereka sebagai ibu bapa angkat untuk bayi, namun kemudiannya bertukar fikiran.

Akhirnya, pasangan ini mendapat persetujuan yang pasti daripada seorang wanita.

Apabila Sarah membawa wanita tersebut untuk pemeriksaan ultrasound, doktor memaklumkan bahawa bukan hanya terdapat satu bayi, tetapi tiga bayi!

“Wow! Ini sangat hebat. Inilah segala-galanya yang kami impikan,” menurut Sarah dan Andy. Bayi kembar tiga tersebut dilahirkan awal dua bulan daripada jangkaan.

Mereka dinamakan sebagai Joel, Hannah, dan Elizabeth. Sepanjang dua bulan kembar tiga ini berada di unit penjagaan rapi neonatal, Sarah telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat kejutan yang sangat mengujakan.

Setelah lama menanti untuk hamil, impian Sarah ditunaikan apabila disahkan hamil dengan kembar! Dia melahirkan Abigail dan Andrew pada Disember 2013.

“Saya sangat terkejut dan terharu apabila memikirkan yang kami mendapat lima bayi dalam masa lapan bulan. Kami sangat teruja kerana impian kami selama bertahun-tahun lamanya telah tercapai.”

Kegembiraan mereka diteruskan lagi apabila Sarah melahirkan seorang lagi bayi yang dinamakan Caleb pada Januari 2016. Pasangan bertuah ini berubah daripada tiada cahaya mata menjadi enam bayi yang comel dalam masa dua tahun.

Menurut Sarah, “apabila anda sabar menunggu akan sesuatu, anda akan lebih menghargainya setelah mendapatkannya.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds