Seorang wanita yang berasal dari Swansea bernama Kirsty Butler, 22, telah disahkan mengandung 30 minggu oleh doktor apabila perutnya membesar 4 kali ganda berbanding saiz biasa.

Dia terkejut, tetapi dia lebih tergamam apabila pemeriksaan lanjut mendapati dia juga membawa bersama seketul sista sebesar 11 inci bersama kandungannya.

Kirsty, 22, dikatakan hamil 30 minggu.

Menurut Kristy, “Apabila perut saya kelihatan buncit, rakan sekerja mula bertanya jika saya hamil. Saya sendiri tak perasan pada awalnya tetapi apabila selalu ditanya saya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor.”

“Saya dan teman lelaki, Celern, 21, sangat teruja apabila doktor mengesahkan kami mengandung. Melihat kepada saiz kandungan saya semasa itu, doktor menjangkakan usia kandungan berada dalam lingkungan 30 minggu.”

Hakikatnya kandungan Kirsty baru berusia 6 minggu. Perutnya membuncit kerana ketulan sista.

Hakikatnya, Kirsty baru sahaja hamil selama 6 minggu. Melalui imbasan ultrabunyi, saiz perutnya yang luar biasa  rupa-rupanya adalah disebabkan oleh ketulan sista yang besar yang turut dikandungnya bersama. Saiz sista itu amat besar iaitu kira-kira 11 inci.

“Mimpi ngeri kami bermula setelah menjalani imbasan ultrabunyi. Rupa-rupanya kebesaran kandungan saya bukanlah sebab bayi yang dikandung, tetapi ketulan sista sebesar 30cm kali 20cm dan ianya membesar setiap hari. Bayangkanlah perut saya dengan ketulan sebesar itu.”

Ketulan sista sebesar 11 inci.

Kebesaran ketulan sista itu telah memakan ruang ovarinya sekaligus menekan bayi di dalam rahim. Kristy tiada pilihan selain perlu menjalani pembedahan membuang sista tersebut.

“Bayi di dalam kandungan saya ketika itu terlalu kecil, malah sangat kecil untuk saya kelihatan buncit. Jadi, demi keselamatan saya dan bayi saya memutuskan untuk menunggu sehingga minggu ke-11 untuk menjalani pembedahan membuang ketulan sista.”

Ketulan sista yang membesar di dalam perut Kirsty merosakkan rahimnya.

Akan tetapi, walaupun telah mencuba sehabis daya, niat Kirsty tidak kesampaian. Ketulan sista itu terus membesar, hampir memenuhi ruang ovarinya dan menghimpit bayi di dalam rahim.

Pada usia kandungan mencecah 11 minggu, Kristy disahkan keguguran.

“Saya menjalani satu lagi imbasan seminggu sebelum pembedahan. Hancur luluh hati saya apabila diberitahu tiada lagi degupan jantung yang dapat dikesan. Bayi saya tidak dapat bertahan setelah dihimpit oleh sista yang besar.”

Pada 31 Ogos tahun lepas, Kristy telah menjalani pembedahan membuang sista sebesar 11 inci daripada rahimnya.

Kirsty terpaksa menjalani pembedahan membuang ovari dan mencuci rahim.

Setelah dirawat selama 6 minggu dihospital, Kristy kembali sihat dan bertekad untuk berkongsi kisahnya sebagai langkah meningkatkan kesedaran mengenai sista benigna. Dia sendiri tidak pernah menyangka sista ovari boleh membesar dan membahayakan jika tidak kerana pengalaman ngeri yang dilaluinya.

“Selepas menjalani pembedahan membuang sista dan mencuci rahim akibat keguguran, saya menjalani rawatan di hospital selama 6 minggu sebelum dibenarkan pulang.”

Kirsty sewaktu terlantar di katil hospital.

Tambah Kristy, “Mujur ketulan sista saya tidak merbahaya tetapi ovari saya terpaksa juga dibuang sebab ianya telah rosak. Kalau dibiarkan, ianya boley menular dan merosakkan organ yang lain.”

“Saya dan Celern sangat berharap agar kami dapat mula membina keluarga dalam masa terdekat ini. Saya perlu lebih berhati-hati terutama jika perut saya sudah mula membuncit.”

Kirsty dan pasangannya Celern.

Kirsty telah menjalani ujian kesuburan dan dia didapati masih berpeluang untk melahirkan anak di masa hadapan.

“Saya masih trauma kehilangan bayi, kemudiannya ovari saya dibuang dan masih memulihkan diri selepas pembedahan tahun lepas.”

“Saya dan Celern pastinya mahukan anak jadi saya sudah pun membuat pemeriksaan kesuburan. Saya sangat teruja apabila diberitahu sebelah lagi ovari saya mampu mengeluarkan telur yang mencukupi bagi membolehkan saya hamil,” tambah Kristy lagi.

Kirsty dan Celern masih mahu mendapatkan anak pada masa hadapan.

Semasa dihulurkan gambar yang menunjukkan betapa besarnya ketulan sistanya, Kirsty mengakui yang dia sangat terkejut.

“Melihat kepada saiz perut, saya dapat berasakan yang sista itu sangat besar tetapi saya tidak pernah menjangka yang saiz sebenarnya jauh lebih besar daripada yang saya fikirkan sebelum itu,” ujar Kirsty.

Kirsty juga sempat berpesan, “Saya amat berharap kisah saya dapat meningkatkan kesedaran tentang ketulan sista dan betapa ianya membahayakan. Kebiasaannya saya tidak berapa mengambil tahu akan perubahan pada tubuh badan. Tetapi sekarang saya lebih berjaga-jaga, tidak mahu pisang berbuah dua kali.”

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds