Baru-baru ini heboh dengan cerita mengenai penemuan ‘raksasa’ misteri yang ditemui di pantai Welsh sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang awam. Mereka yang berjalan-jalan di pantai Burry Port di Carmarthenshire menemui objek aneh berkenaan yang teretak di pasir pantai tersebut.

Objek ganjil yang ditutupi oleh cengkerang itu  telah mencetuskan banyak kekeliruan kerana tiada siapa yang tahu apakah sebenarnya objek tersebut. Objek itu sukar dikenalpasti kerana ia sepenuhnya dilindungi oleh cengkerang kecil.

‘Raksasa misteri’ telah ditemui di pantai Welsh

Kredit: Lára Clarke-Wardle / SWNS.com

Objek yang serupa muncul di pantai lain

 

Objek telah membuatkan ramai yang bingung dengan spesiesnya

Suzy yang membuat rakaman video mengeani objek itu telah memberitahu Wales Online bahawa dia telah menemui objek itu di pantai Burry Port. Objek tersebut dikatakan mirip cacing yang keluar dari cengkerang.

Pada tahun lepas, objek serupa dikatakan telah mencetuskan perdebatan di media sosial di New Zealand apabila air pantai mulai surut. Saksi-saksi melaporkan pada masa objek tersebut ditemui di Pantai Muriwai, ia kelihatan seperti cacing yang keluar dari cengkerang atau dari spesies barnacle.

Selain itu, terdapat juga spekulasi yang mengatakan bahawa objek itu merupakan sebahagian daripada kapal karam.

‘Raksasa’ yang diliputi cengkerang

Tiada siapa yang tahu apakah objek ini sebenarnya

Tetapi selepas beberapa hari kemudian, menurut pakar-pakar di New Zealand Marine Sciences Society, objek tersebut mungkin merupakan sebilangan besar kayu api yang telah digunakan oleh spesies barnacle yang dikenali sebagai Lepas anatifera.

Walau bagaimanapun sifat sebenar objek itu tetap menjadi misteri.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds