KUALA LUMPUR – Mulai 28 Januari 2018 , semua pengguna lebuhraya di Malaysia akan diperkenalkan dengan sistem tol baru iaitu Sistem Aliran Tol Tanpa Henti ( Multi Lane Free Flow) atau MLFF secara berperingkat menggantikan sistem tol tanpa tunai Touch’n Go dan Smart Tag.

Kredit : Wikimedia

Sistem tanpa tunai Touch ‘n Go dan Smart Tag di semua plaza tol lebuhraya yang telah dikuatkuasakan mulai bulan April 2017 telah berjaya mengurangkan kesesakan di plaza tol dengan mendadak. Tetapi dengan perlaksanaan sistem baru ini kelak , ia dijangka akan dapat melancarkan perjalanan kenderaan di lebuhraya dengan lebih efektif lagi.

Menurut sumber berita Sinchew, sistem tol baru ini akan menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio atau Radio Frequency Identification (RFID)  yang akan diperkenalkan pada kenderaan dan semua lebuhraya bermula 28 Januari 2018. Ini bermakna semua pengguna lebuhraya akan menikmati perjalanan di lebuhraya tanpa perlu berhenti langsung di plaza tol untuk membayar tol mereka.

Kredit: Sinchew

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Haji Ismail bin Md Saleh, sistem RFID adalah sistem yang lebih canggih dan terkini berbanding Touch ‘n Go dan Smart Tag. Melalui sistem ini, para pengguna lebuhraya tidak perlu bergerak perlahan atau berhenti  dan semua plaza tol akan tidak lagi berpagar.

Sistem tag RFID adalah sama fungsinya dengan kad Touch ‘n Go dimana pengguna perlu menambah nilai apabila jumlah nilai di dalam kad tag berkurangan.

Sistem ini sebenarnya adalah sama seperti yang telah dikuatkuasakan di Singapura melalui sistem tol tidak berpagar Electronic Road Pricing (ERP).

Kredit: smilelaura

Menurut kenyataan Datuk Ir. Haji Ismail bin Md Saleh ,

“Kami telah merancang dan berbincang tentang perlaksanaan sistem ini, dengan menghadapi beberapa isu dan masalah teknikal. Pada masa ini, hanya beberapa kenderaan yang terpilih sahaja akan dibenarkan menggunakan sistem ini. Dijangkakan, sistem ini akan siap sedia digunakan oleh para pengguna lebuhraya bermula 28 Januari 2017. Dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.”

Ujian ke atas sistem ini telah secara rasmi dijalankan pada 14 Ogos 2017 dengan meletakkan satu laluan khas lengkap dengan sistem RFID di laluan lapan plaza tol terpilih di Lembah Klang.

Bagaimanapun , setakad ini hanya kereta polis, bomba dan ambulan sahaja yang boleh melalui laluan itu.

Kredit :motionID technologies

Sistem RFID ini berfungsi seperti mana sistem kod bar. Kad tag akan dibaca pada pengimbas melalui gelombang elektromagnetik dengan frekuensi 850 dan 950MHz dan pengimbas boleh dibaca sehingga setinggi 27 meter dengan masa respon selama 10 milisaat. Jika sistem ini dilaksanakan secara bijaksana , sistem RFID akan menjadi sistem tercanggih dan paling efektif serta konsisten berbanding kesemua sistem yang lain.

Kredit: vonbraunlabs

Disamping sistem RFID ini akan memudahkan perjalanan kenderaan kelak, ia boleh digunakan untuk mengenal pasti pesalah lebuhraya , mengawal kelancaran trafik dan pengawasan terhadap cukai jalan.

Projek ini telah dicadangkan sejak 2 tahun yang lalu dengan projek perintis dilaksanakan di Taman Teknologi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan syarikat swasta yang dilantik.

Kredit : quatriz

Setelah mengkaji keberkesanan sistem ini secara mendalam, akhirnya masa perlaksanaannya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi, memulakan sistem RFID ini secara berperingkat sehingga tahun 2020 secara menyeluruh.

Dengan pengguna lebuhraya yang diharapkan lebih berdisiplin, berhemat dan bertanggungjawab, sistem tol baru RFID atau MLFF  ini adalah tidak mustahil dan akan berjaya dilaksanakan kelak.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds