Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga diraja Britain yang terkenal bukanlah mudah, tambahan apabila bakal menjadi pewaris takhta di barisan hadapan. Walaupun masih kecil , tingkah laku keluarga diraja Britain ini sentiasa mendapat perhatian.

Ini dapat dilihat pada Puteri Charlotte yang baru berusia 2 tahun yang mengikuti lawatan diraja ayahanda dan bondanya , Duke dan Duchess of Cambridge , Putera William dan Kate Middleton bersama kekandanya , Putera George di Jerman dan Poland baru-baru ini.

Mereka menghabiskan lawatan diraja yang terakhir di Hamburg, Jerman selepas melawat Warsaw, Bedin dan Heidelberg.

Sumber : Getty Images

Selepas lawatan diraja yang berjaya di Jerman , Putera William dan keluarganya telah berangkat pulang ke Britain dengan menaiki pesawat peribadi di lapangan terbang Hamburg , Jerman.

Sebelum berangkat mengucapkan selamat tinggal, baginda dan keluarga telah dibawa dan diiringi oleh duta Britain di Jerman, Sir Sebastian Wood dan Datuk Bandar Hamburg , Olaf Schulz meninjau dan melihat helikopter buatan Airbus Helicopters di lapangan terbang tersebut.

Sumber : Getty Images

Dengan perjalanan dan lawatan diraja selama 5 hari di dua buah negara yang dipenuhi acara dan jadual yang padat , Puteri Charlotte dilihat agak kepenatan. Sambil berjalan memegang tangan bondanya, Kate Middleton, Puteri Charlotte dilihat mula menguap dan mengesat-ngesat matanya kerana berasa mengantuk dan keletihan.

Keluarga diraja Britain itu meninjau dua buah helikopter Airbus dengan Putera William dan Putera George dilihat berasa gembira berada di dalam kokpit kedua helikopter tersebut.

Walaupun kepenatan Puteri Charlotte masih bertingkah laku baik dengan tidak lupa mengikut arahan bondanya supaya bersalaman dengan semua kakitangan yang melayani keluarga diraja di lapangan terbang Hamburg.

Sambil itu , Puteri Charlotte dilihat mengesat matanya dan memasukkan jarinya ke dalam mulut. Puteri Charlotte mula berasa kepenatan dan tidak sabar lagi untuk menunggu ayahandanya yang sedang mendengar taklimat juruterbang dan CEO Airbus Helicopters, Wolfgang Schoder.

Sumber : James Whatling

Dengan memegang tangan bondanya, Puteri Charlotte mula merengek dan merebahkan badannya di atas jalan tar di lapangan terbang itu. Bondanya cuba menenangkannya dengan lembut dan mendukungnya kerana tahu puteri kecil ini sudah kepenatan dan mengantuk.

Sumber : Getty Images

Dan selepas itu , keluarga diraja diiringi dengan berjalan ke pesawat peribadi mereka untuk berangkat pulang dengan Puteri Charlotte diturunkan oleh bondanya dan dibiarkan berjalan sendiri dalam pegangan tangan bondanya.

Walaupun kepenatan, gelagat Puteri Charlotte yang berbaju merah jambu itu sangat comel dan mencuit hati. Puteri comel ini tetap tidak lupa mengukir senyuman walaupun kepenatan.

Sumber : Stephen Lock/I-Images

Sampai di pesawat, kedua Puteri Charlotte dan Putera George dihadiahkan dengan set buku mewarna oleh Duta Sir Sebastian Wood dan Datuk Bandar Olaf Schulz.

Mereka berdua tidak lupa untuk bersalaman dengan kedua pegawai pengiring tersebut mengucap selamat jalan sebelum dibantu menaiki pesawat oleh ayahanda mereka , Putera William.

Sumber : Bruce Adams / Daily Mail

Walaupun masih kecil, Puteri Charlotte sudah tahu yang baginda mempunyai tugas diraja yang perlu dijalankan walaupun berasa kepenatan dengan lawatan diraja selama 5 hari itu.

Dengan mendengar kata-kata galakan dari ayahanda dan bondanya , Puteri Charlotte dan Putera George menaiki pesawat dengan tingkah laku yang baik dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua yang mengiringi mereka di Hamburg dengan senyuman yang manis dan sangat comel.

Lihat aksi Puteri Charlotte dalam lawatan diraja di  Hamburg , Jerman dengan video di bawah ini :

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds