Masihkah anda ingat tentang peristiwa di Jepun pada tahun 2011 apabila berlaku bencana nuklear paling dahsyat sehingga mengakibatkan lebih 15,000 rakyat mati dan 160,000 lagi dipindahkan ke kawasan lain.

Tragedi nuklear ini menjadikan Fukushima sebagai bandar berhantu di Jepun. Berita mengenai kebocoran nuklear itu berlaku selepas gempa bumi yang dahsyat disusuli dengan kejadian tsunami telah merosakkan salah satu reaktor nuklear di Fukushima.

Usaha untuk membersihkan kesan daripada bencana ini dijangka akan memakan masa yang lama dan berlarutan sehingga ke tahun 2050.

Kredit: Indipendent

Namun baru-baru ini, netizen di seluruh pelosok dunia terkejut apabila pengarah syarikat Tokyo Electric Power, Takashi Kawamura menjelaskan perancangan untuk membuang 777,000 tan air yang tercemar dengan bahan tritium ke dalam Lautan Pasifik.

Biar betul?!

Sehingga kini, terdapat kira-kira 580 tong yang dipenuhi air toksik ini telah dikumpulkan. Menurut laporan Japan Times, keputusan tersebut telah pun dibuat dan hanya perlu menunggu persetujuan daripada pihak kerajaan Jepun sama ada untuk meneruskan perancangan tersebut atau pun tidak.

Kredit: Japan Times

Tambah Kawahara, “Kami tidak akan meneruskan perancangan jika tiada sokongan daripada kerajaan, Fukushima Prefecture dan juga pemegang saham yang lain”.

Pengarah Nuclear Regulation Authority iaitu Shunichi Tanaka dimaklumkan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap keputusan untuk membuang sisa toksik tersebut ke dalam Laut Pasifik. Malah, pihaknya mendesak Kawahara supaya mempercepatkannya.

Kredit: Indipendent

Menurut Simon Boxall, pengkaji laut di Universiti Southampton, “Kandungan bahan radioaktif di dalam tritium adalah lemah dan tidak mampu menembusi pembalut plastik. Jadi, jika mereka tetap membuang bahan tersebut ke laut, ia hanya akan memberikan kesan minimum ke atas skala laut yang luas”

Kredit: Indipendent

Sementara itu, penduduk tempatan pula menyuarakan penentangan mereka terhadap tindakan tersebut. Mereka menyuarakan kerisauan mereka terhadap industri perikanan Jepun yang mungkin akan merosot disebabkan oleh persepsi orang awam terhadap makanan laut Jepun.

Kredit: Guardian

Beberapa aktivis alam sekitar turut menyatakan kerisauan mereka terhadap tindakan ini.

Menurut Aileen Mioko-Smith daripada Green Action Japan, “Mereka menyatakan ia selamat kerana laut adalah luas jadi ia boleh dilarutkan tetapi tindakan ini akan menyebabkan tanggapan pihak lain bahawa ianya boleh dilakukan. Ia seolah-olah menggalakkan sesiapa sahaja untuk membuang bahan nuklear ke dalam laut”.

Kredit: pixabay

Sememangnya ini merupakan perkara yang serius dan tidak wajar diambil ringan. Bagi penggemar makanan laut Jepun seperti sushi. Adakah ia selamat dimakan jika tindakan tersebut tetap dilaksanakan?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds