Siapa yang tidak mahu menurunkan berat badan dengan cepat. Pasti kita semua mahu bukan? Jika ada contoh dengan cara yang berkesan dan pantas , pasti kita akan mengikuti cara itu.

Malangnya tiada cara yang pantas untuk kita menghilangkan berat badan melainkan dengan usaha dan penggunaan cara yang bijaksana. Contohnya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Terdapat banyak pilihan makanan yang dapat meningkatkan kadar metabolisme yang merupakan faktor penting dalam penurunan berat badan.

Semestinya ia bukannya pizza dan aiskrim. Makanan yang sihat ini terbukti berkesan dalam meningkatkan kadar metabolisme yang seterusnya mengurangkan berat badan secara sihat .

Lihat pilihan makanan di bawah yang mana bersesuaian dengan rutin harian pemakanan anda.

1. Beri biru

Kredit: pixabay

Buah beri biru mengandungi kandungan fiber yang tinggi , kaya dengan vitamin C dan antioksida  ini membantu meningkatkan kadar metabolisme . Minum jus beri biru setiap hari semasa sarapan atau campurkan bersama bijirin sarapan anda.

2.Badam

Kredit: pixabay

Walaupun tinggi dengan kalori, badam mengandungi asid lemak yang menjadi agen membantu meningkatkan kadar metabolisme anda. Makanlah beberapa biji badam sebagai snek setiap hari dan dengan mengamalkan memakan badan pasti berat badan anda akan menurun di samping otak juga menjadi cerdas.

3.Protein dadih

Protein dadih adalah satu sumber protein yang mampu meningkatkan kadar metabolisme. Dengan menjadi agen penghasilan dadih dan yogurt, ia terbukti menjadi diet utama dalam mengurangkan berat badan dengan berkesan.

4.Ikan Salmon

Kredit: pixabay

Ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega 3 yang menjadi agen utama membantu menaikkan kadar metabolisme dengan cepat. Amalkan memakan ikan Salmon dalam diet anda dan kesannya akan dapat dilihat kelak.

5.Bayam

Sayuran hijau terutamanya bayam mengandungi kandungan fiber yang tinggi membantu menaikkan kadar metabolisme. Bayam mampu membakar lemak sehingga 30 peratus. Adalah disarankan 3 hidangan dengan  kandungan bayam sehari dalam diet anda untuk mendapat hasil yang maksimum.

6.Daging Ayam Belanda

Ayam Belanda kaya dengan protein dan kandungan lemak yang rendah. Pengambilannya di dalam diet seharian dapat membakar kalori dari 15 ke 35 peratus .

7.Oat

Kredit: pixabay

Oat dihadam dengan perlahan dan akan dapat menyeimbangkan kadar gula di dalam darah. Dengan kandungan fiber yang tinggi , ia akan membuat anda berasa kenyang lebih lama. Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam badan. Yang penting ia meningkatkan kadar metabolisme anda.

8.Teh Hijau

Kredit: pixabay

Teh hijau mengandungi kandungan agen dikenali EGCG (Epigallocatechin gallate) yang terbukti dapat mempercepatkan pembakaran lemak dengan berkesan. Dengan meminum 3 hingga 5 cawan sehari ia akan membakar 70 kalori sehari yang akan menghilangkan berat anda sebanyak 7 paun setahun, 35 paun dalam masa 5 tahun dan 70 paun dalam masa 10 tahun.

 9. Limau gedang

Kandungan fiber didalam limau gedang membantu meningkatkan kadar metabolisme. Telah dibuktikan ia dapat merendahkan kadar insulin di dalam badan.

Dengan kaya vitamin C , ia mempertingkatkan sistem imun di dalam badan yang merupakan faktor penting dalam mempertingkatkan kadar metabolisme.

10.Kopi

Kredit: pixabay

Kajian mendapati kadar metabolisme mereka yang meminum kopi adalah 16 peratus lebih tinggi dari mereka yang tidak meminum kopi.

11.Kulit kayu manis

Kulit kayu manis telah dibuktikan dapat mempertingkatkan kadar metabolisme . Apabila mengambil satu per empat sudu kecil serbuk kayu manis sehari ia akan mempercepatkan pembakaran lemak secara efektif dalam sehari. Tambahkan ia didalam minuman atau masakan untuk pengambilan diet anda.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds