Kepah merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai. Ianya mempunyai persamaan seperti kerang tetapi bersaiz lebih besar. Tetapi jika anda melihat video ini, tidak pasti sama ada anda akan masih memakan kepah atau menjadi fobia dengannya.

Youtuber ini telah memutuskan untuk merakamkan kepah di atas meja sebelum ianya dijadikan sebagai hidangan makan malam.

Kemudian, dia telah menaburkan garam di sekeliling kepah tersebut. Anda boleh bayangkan apa yang berlaku selepas itu? Sesuatu yang pastinya aneh dan mungkin tidak pernah dilihat oleh anda. Lebih tepat, mengerikan!

Kepah tersebut mula membuka cengkerangnya perlahan sebelum sesuatu yang panjang dan berlendir keluar dari celahan bukaan cengkerang tersebut! Ia kelihatan seperti ‘menjilat’ garam yang berada di atas meja tersebut.

Semenjak video ini disiarkan, ia mendapat tontonan yang banyak daripada netizen. Malahan, mereka turut memberikan komen tentang kepah yang agak menyeramkan tersebut.

Ada yang mempercayai bahawa mereka sedang menyaksikan ‘lidah’ kepah manakala sebahagian lagi berpendapat bahawa bahagian yang menjulur keluar dari cengkerang tersebut merupakan ‘kaki’ kepah.

Menurut Miriam Goldstein, seorang ahli biologi dari Institusi Kajian Laut Scripps, kepah hidup tersebut sebenarnya sedang mencari kawasan untuk digali. Bahagian panjang yang muncul dari cengkerang tersebut adalah ‘kaki’ yang digunakan kepah untuk menanam dirinya di dalam pasir.

Sekarang setelah anda menyaksikan video tersebut, adakah anda akan makan kepah lagi?

Era Baru

Share
Kategori: Aneh HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds