PATTANI: Thailand sekali lagi digemparkan dengan dua siri pengeboman yang kali ini berlaku di sebuah pasar raya terkenal, Big C. kejadian letupan itu berlaku di Muang, di wilayah Pattani, selatan Thailand.

Kejadian tersebut dikatakan telah mencatatkan angka kecederaan sekurang-kurangnya 58 orang termasuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun tiada kehilanga nyawa yang dicatatkan.

Insiden pengeboman pada 10 Mei, hari Rabu pukul 2.30 petang waktu tempatan (3.30 waktu Malaysia). Orang ramai dikatakan sedang memenuhi pasara raya tersebut ketika kejadian tersebut berlaku.

   

Sumber: Khaosod English

“Bom pertama meletup di luar tempat letak kereta kira-kira pada pukul 2.10 petang manakala letupan kedua dipercayai berpunca daripada bom yang diletakkan dalam kereta dan ia berlaku di pintu masuk pasar raya itu sekitar 20 minit kemudian,” kata Ketua Polis Muang, Mejar Kiratik Waeyusof kepada media di sini.

Sumber: Khaosod English

Menurut Khaosod English, suspek meletakkan trak pikap di hadapan pintu masuk Big C dan mencampakkan bunga api ke dalam kedai untuk menyebabkan kekacauan sebelum melarikan diri. Bom pertama meletup di tempat letak kereta yang dilakukan oleh suspek yang menggunakan motosikal dan telah menyebabkan orang ramai menjadi panik.

Sumber: Khaosod English

Enam daripada mangsa itu mengalami kecederaan serius dan dibawa ke Hospital Pattani bersama mangsa lain untuk mendapatkan rawatan, kata Kiratik.

Menurut sumber pihak keselamatan, sebuah pikap yang digunakan dalam letupan kedua di pintu masuk pasar raya itu dilaporkan dicuri di Yala sebelum ini dan pihak berkuasa sedang mengesan tuan punya kenderaan tersebut.

Kumpulan yang dikatakan bertanggungjawab melakukan serangan bom ini adalah pemberontak puak pemisah sejak awal tahun 2004. Hal ini telah menyebabkan beberapa wilayah selatan Thailand seperti Pattani, Yala dan Narathiwat menjadi mangsa tembakan dan serangan bahan letupan lain hampir setiap hari. Siri letupan yang berlaku dikatakan telah meragut lebih 6,800 nyawa sehigga kini.

Sumber: Straits Times

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawap ke atas insiden letupan terbaru itu.

Sumber: Straits Times

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mej Jen Kongcheep Tantravanich dalam satu kenyataan berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwon telah mengarahkan pihak berkaitan untuk memberi rawatan kepada mangsa yang cedera.

Selain itu, junta Thailand dikatakan telang mengadakan beberapa siri rundingan bersama pihak pemberontak tetapi sehingga kini tiada kata putus yang berjaya dicapai.

Era Baru

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia

Video Popular

Ad will display in 09 seconds