Menerusi laporan The Sun, pada 10 Februari, seorang lelaki di Wenzhou, China, telah ditetak oleh rakan sebiliknya dengan pisau pemotong daging kerana berdengkur terlalu kuat.

Kedua-dua lelaki itu, Wang dan Hong telah diletakkan dalam satu bilik oleh syarikat mereka kerana dikatakan mereka berdua tidur berdengkur. Akibatnya, bunyi dengkuran itu telah menguji kesabaran Hong.

snore1

Hari berlakunya kejadian, Wang dan Hong telah terlibat dalam satu perbalahan. Pada waktu malamnya, Hong yang semakin hilang sabar dilihat telah menuju ke kafeteria syarikat menerusi rakaman CCTV. Hong didapati mengambil pisau pemotong daging dan meluru ke arah biliknya untuk menetak rakan sebiliknya yang masih tidur.

snore2

snore3

Serangan itu akhirnya dapat dileraikan oleh rakan sekerja lain yang berada satu aras dengan bilik mereka. Wang telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Hong ditahan oleh pihak polis dan berkemungkinan menerima 10 tahun dalam penjara sebagai hukuman.

snore4

snore5

Gerun bukan, mendengar kisah itu? Hanya kerana dengkuran tidur, orang lain yang mendengar boleh bertindak seganas demikian. Sebenarnya, masalah berdengkur ini ada sahaja penyelesaiannya. Bagi anda di luar sana, ketahui beberapa tips ini untuk membantu menghilangkan masalah berdengkur agar anda tidak terjebak dalam kejadian tidak diingini seperti ini.

Berikut merupakan beberapa tips untuk mengelakkan masalah berdengkur.

1. Ubah posisi tidur dan tukar bantal

pillow1

Sumber: digital.hammacher.com

Gunakan ‘body pillow’ atau bantal yang panjang untuk memberi sokongan kepada badan anda. Ini membolehkan anda tidur secara mengiring dan ianya akan membawa satu perubahan yang besar. Selain itu, bantal juga harus bersih kerana kadangkala habuk di dalam bilik dan bantal mengakibatkan dengkur.

2. Kurangkan berat badan

cewek gemuk jadi kurus

Sumber: cdns.klimg.com

Sekiranya anda mendapati anda mula berdengkur setelah menambah berat badan, ianya berkemungkinan berpunca dari situ. Apabila berat badan bertambah, lebih-lebih lagi di bahagian leher, ianya menyekat saluran pernafasan dan boleh menyebabkan dengkuran.

3. Kurangkan pengambilan alkohol, lebihkan minum air

Black-Woman-drinking-water

Sumber: blackgirllonghair.com

Pengambilan alkohol empat ke lima jam sebelum tidur akan menyebabkan dengkuran menjadi lebih teruk. Sebaliknya, amalkan minum air dengan secukupnya kerana rembesan di laluan pernafasan menjadi lebih pejal sekiranya badan kurang air. Ini menyebabkan tidur berdengkur.

4. Kekalkan tabiat tidur yang sihat

sleepR

Sumber: i2.cdn.turner.com

Tabiat tidur yang tidak sihat, contohnya tidur tidak mencukupi atau badan terlalu letih sebelum tidur, akan menyebabkan masalah tidur berdengkur.

5. Laluan pernafasan yang lancar

Kemungkinan laluan pernafasan anda tidak lancar kerana ianya tersumbat akibat selsema. Laluan pernafasan yang sempit akan menyebabkan tidur berdengkur. Untuk mengatasinya, cuba mandi dengan air panas sebelum tidur atau menggunakan ‘nasal strip’ yang boleh didapati di farmasi.

Kesimpulannya, ambil langkah-langkah seperti ini untuk mengelakkan masalah berdengkur. Mungkin kes di Wenzhou itu merupakan kes yang istimewa tetapi masalah berdengkur ini dikenali sebagai punca kes perceraian dan pergaduhan. Untuk kesejahteraan bersama, marilah bersama-sama kita mengatasinya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds